Friday, December 18, 2020

Hikmah Hospital

بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 29/7/2020


Banyak renungan hikmah dan pengajaran yang saya fikirkan sepanjang menjaga baba di hospital akibat pembedahan Appendiks yang pecah. 

Antara yang sering saya fikirkan:

Antara port untuk duduk menulis blog  sementara doktor buat pemeriksaan. Tak boleh masuk wad sampai pukul 9.30. Tiap-tiap hari macam tu


Gambar yang anak-anak hantar ketika mama menjaga baba di hospital. 

Pertama :
Betapa kita manusia ini sangat lemah dan sangat bergantung kepada Allah .

Jika dahulu baba sihat sangat sibuk dengan urusan kerja dan maahad. Baba mampu untuk lakukan semuanya sendiri, namun secara tiba-tiba, bila Allah uji dengan kesihatan, sekelip mata semuanya baba tak mampu lakukan. Nak bangun pun perlukan bantuan orang lain. 

Ujian adalah untuk menguji kesabaran kita. Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang sabar. 

Semoga Allah sentiasa memelihara kita 

Terlalu banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita sepanjang hidup kita. Sedikit saja yang Allah tarik dan uji kita, moga-moga kita berjaya dalam ujian ini. 

Sesungguhnya seluruh hidup kita di atas muka bumi ini, semuanya adalah medan kita diuji. Moga kita adalah orang yang cemerlang dalam ujian ini. 


Alhamdulillah Ahmad sentiasa ceria. Alhamdulillah Ahmad tak menangis walaupun hampir seminggu mama dan baba tak balik rumah. Alhamdulillah mereka dapat jumpa mama walaupun di lobi hospital sahaja. Kita sabar, insya Allah Allah sediakan ganjaran yang sangat hebat untuk kita semua 

Pertemuan di lobi hospital 

Kedua :

Dalam ujian ini, menyedarkan kita betapa pentingnya hubungan kekeluargaan. Keluarga kitalah yang akan membantu kita bila kita susah. 

Begitu juga kesusahan membuatkan kita dapat membezakan antara mereka yang bersungguh-sungguh ingin membantu kita seikhlas hati walaupun bukan dari kalangan adik beradik kita. 

Semoga Allah menyediakan ganjaran yang sangat hebat untuk mereka. 

Amin 

Mak abah dan adik beradik datang melawat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...