Sunday, December 6, 2020

Urusan jaga anak-anak ketika baba dan mama di hospital

بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 28/7/2020

**Sambungan dari entri yang lepas. 

Sebenarnya kita tak pernah jangka pun akan kena jaga suami sakit. Muda-muda lagi pula tu. Sebelum ni tengok orang je masuk hospital, tak sangka langsung hari ni nasib kita pulak. 

Allah... 

Mungkin ini antara hikmahnya. Belajar untuk turut merasai kesusahan orang lain. 

Sepanjang mama menjaga baba di hospital anak-anak bertiga tinggal di rumah. 

Alhamdulillah rumah dalam maahad dan ramai ustaz ustazah dan pelajar-pelajar di sekitar.


Abdul Rahman menghantar Photo Ahmad Zaid yang sudah disiapkan untuk pergi Pasti

Gambar yang dihantar oleh Ustazah Jamilah 

Walaupun hampir setiap hari anak-anak  datang ke hospital untuk ziarah baba, namun sering juga buat video call. 

Anak-anak tidak memiliki Handphone, jadi kami berikan kepada mereka Handphone mama agar mudah untuk menghubungi mereka. 


Ahmadlah yang tak boleh ziarah baba kerana kanak-kanak bawah usia 12 tahun tak dibenarkan masuk ke wad. Jika datang ke hospital, Ahmad hanya boleh menunggu di lobi sahaja. Mama akan teman dan bersembang dengan Ahmad sementara abang-abang dan saudara mara naik ziarah baba. 


Wassap bersama anak-anak ketika mama menjaga baba di hospital. 




Pesanan tugasan untuk anak-anak. 


Didoakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memelihara anak-anak sebaiknya. 

Untuk ke sekolah tidak ada masalah, dari rumah sudah nampak sekolah kerana kami tinggal dalam kawasan Maahad. 

Untuk makan pun anak-anak boleh makan di kantin maahad. Cuma beberapa urusan lain seperti kemas rumah, basuh baju, kutip baju, lipat baju, jaga kambing, ayam dan kucing, jaga Ahmad Zaid. 

Begitu juga membeli bekal adik-adik. 

Walaupun tidaklah sesempurna hasil kerja kita yang dewasa, namun alhamdulillah Abang Abbudey boleh diharap. 

Di usia 14 tahun, Abang Abbudey lah yang kena mandikan, bagi sarapan, siapkan bekal dan beg Ahmad Zaid untuk ke Pasti dan nurseri. 

Mama selalu ingatkan agar kemas rumah, strika baju sekolah adik-adik, mop lantai dan buat kerja rumah. 

Hati juga sentiasa berdoa semoga semuanya baik baik saja. 

Alhamdulillah. 
Walaupun pahit atau manis, ia menjadi pengalaman bagi kami sekeluarga. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...