بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 21/8/2021
Bukan semua orang sukakan dan pernah makan jeruk rambutan.
Tapi bagi saya, saya sangat sukakan jeruk rambutan.
Begitulah juga dengan kakak di Kuala Lumpur. Pun dah berjangkit sukakan jeruk rambutan.
Ketika mengirim jeruk rambutan ke Kuala Lumpur.
Pertama kali saya makan jeruk rambutan adalah hasil buatan ibu sahabat saya yang kemudiannya setiap kali musim rambutan dia akan mengirim jeruk rambutan kepada saya kerana tahu saya sukakan jeruk rambutan.
Masya Allah. Semoga Allah mudahkan segala urusan mereka sekeluarga.
Oleh kerana musim PKP susah nak jumpa orang, maka saya minta kepada sahabat saya resepi Jeruk Rambutan.
Inilah resepi Jeruk Rambutan yang saya sudah ubahsuai mengikut citarasa.
Bahan-bahan:
Rambutan
1 batang Cabai melaka
4 sudu besar Cuka
6 biji asam boi
Air hingga tenggelam rambutan
_____________________
Cara-cara
1. Kupas rambutan dan bersihkan.
2. Masukkan rambutan dalam balang.
3. Masukkan cabai melaka, cuka, asam boi dan air hingga tenggelam rambutan
4. Simpan dalam peti ais. Selepas 3 hari insyaallah jeruk rambutan akan sebati rasa masam manis dan pedasnya.
*Anda boleh ubahsuai resepi dan kadar cuka dan asam mengikut citarasa anda .
Rasa jeruk rambutan ini adalah masam manis dan pedas. Saya sukakannya
Sahabat yang selalu memberikan jeruk rambutan ibunya. Ibunya selalu pesan agar diberikan Jeruk Rambutan ini kepada saya.
Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga.
Amin.
No comments:
Post a Comment