Saturday, September 30, 2023

Keadaan hati selepas banjir

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/10/2021


Ketika banjir sedang berlaku, sesungguh hati saya berdoa semoga ia tidak menjadi semakin buruk.


Kawasan kantin, bilik guru, asrama pelajar lelaki dan pejabat telah dinaiki air. 






Kereta kami dan guru-guru di hadapan rumah. Masih selamat, namun jika air naik lagi, semuanya akan rosak. Hati sangat risau. 


Sesungguh hati berdoa semoga banjir tidak memburuk. 


Hujan yang turun lebat sangat merisaukan. 

Hati tak putus berdoa. 


Diiringi dengan zikir dan selawat. Tidur malam pun tak lena. 

Alhamdulillah air tak naik lagi. 

Alhamdulillah. 

Syukur kepada Allah. 

Pagi itu ketika Tasmik hafazan dengan ustazah, ketentuan Allah giliran untuk Tasmik juzuk 4.

Hati sangat tersentuh dan rasa bersyukur bertambah bila membaca ayat-ayat ini. 



Ayat yang menyebut tentang kekuasaan Allah pada penciptaan langit dan bumi. 


Ia adalah tanda bagi manusia yang ingin berfikir, yang sentiasa berzikir mengingati Allah pada setiap keadaan. 



Kemudian diteruskan lagi dengan ayat pengharapan kepada Allah agar diampunkan dosa dan dimatikan bersama orang yang soleh. 


Sampai pada perkataan (Allah memperkenankan doa) sebak sungguh rasa hati. 


Ya Allah. Sebagaimana Engkau selamatkan kami dari banjir yang kami takut ini, selamatkanlah kami dari azab api neraka dan masukkan kami semua  ke dalam syurga bersama para Nabi tanpa dihisab. 

Sungguh hati sebak dengan ulangan hafazan pada hari itu. 


Doa saya sentiasa juga semoga Allah menjadikan hati kita, anak-anak, dan para pelajar, sentiasa memahami, menghayati, mentadabbur dan mengamalkan Al Quran. 


Amin. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...