بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 6/11/2021
Bila saya berkongsi tentang tasmik online dalam status Whatsapp beberapa bulan lalu, saya mendapat feedback dari kenalan Whatsapp dan waris yang berkongsi kisah mereka juga menghafaz Al-Quran dengan guru secara online.
Sedikit-sedikit menghafaz hingga lengkap juz 30, insya Allah selepas ini lengkap 30 juz pula. Amin.
Bagi saya pula, bila dah mula masuk pejabat 2 minggu lepas, waktu tasmik online diubah ke waktu petang (1 juz) dan pukul 9 malam (1 juz).
Lepas tasmik dengan ustazah, terus masuk ke alam mimpi.😴
Semoga sedikit susah payah, keletihan kita menjaga hafazan Al-Quran ini mengundang pandangan rahmat Allah kepada kita dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment