Tuesday, November 14, 2023

Kenapa beriya-iya nak buat proposal Sekolah Rendah?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/11/2021


SAMBUNGAN KISAH SEBELUM INI: 


Kenapa beria-ia submit proposal buat sekolah rendah? Kan dah banyak dah sekolah rendah?


Ia bermula bila timbul rasa rugi lihat masa kanak-kanak (akal masih aktif dan kosong) berlalu tanpa membaca/hafaz Al Quran SETIAP HARI.


2012: 

Kami mencari-cari (di Sungai Petani dan Kuala Ketil) dan tak jumpa sekolah rendah yang ada:



1. Hafazan Al-Quran setiap hari:

 Moga dengan itulah anak-anak membesar dan ke akhirat bersamanya.


2. Diniah dan Akademik: Pelengkap ilmu dunia akhirat.


3. Tidak berasrama: Biarlah ada acuan tarbiyah setulus hati dr ibu ayah setiap hari.


Ogos 2013: Proposal dihantar bersama segunung doa. Jutaan kesyukuran kepada Allah dan penghargaan kepada pentadbiran Tahfiz Mutmainnah yang menerima proposal tersebut.




Tahun 2016 : Allah melorongkan pula kami meneruskan perjuangan mendidik di Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.



Kita tak tahu perjalanan dan kesudahan hidup kita.



Doa berpanjangan untuk diri, zuriat, keluarga, saudara mara, sahabat handai, para pelajar moga sentiasa dalam hidayah dan petunjuk Allah sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...