بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 25/2/22
Kelmarin, gigi geraham sakit. Bila tasmik online dengan ustazah, nak menyebut ayat Al-Quran pun herot mulut-mulut sebab sakit gigi. Sayang nak cancel kelas tasmik. Bila gigi sakit, fikiran pun jadi tak fokus.
Sangat penting FOKUS ketika menghafaz. Kalau tidak, huru hara ayat Al-Quran yang ditasmik. Merata-rata perginya ayat yang dihafaz.😅
Terus terfikir: Ya Allah, selama ini Allah mudahkan jalan untuk kita, anak-anak dan pelajar-pelajar hafaz dan ulang Al Quran.
Sedikit saja ujian sakit yang Allah berikan, terus sukar nak fokus ulang hafazan. Segala yang kita ada, semuanya Allah yang beri.
Nota: Dulu Abdul Rahman dan Abdullah pelat sebut huruf ر , Alhamdulillah selepas tegur selalu, lama-lama boleh sebut elok.
No comments:
Post a Comment