Thursday, May 23, 2024

Perjuangan ibu bapa di Subuh hari.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/2/22


Bermula musim pdpr dan cuti sekolah hampir sebulan bermakna rumah kembali bising dengan gerak anak untuk bangkit tahajud dan subuh.


Jika ada anak-anak yang mudah bangun subuh tanpa perlu bising-bising, ketahuilah bahawa anda adalah ibu ayah yang SANGAT BERUNTUNG! Ia adalah anugerah YANG BESAR yang wajib disyukuri!



Lepas Subuh seperti biasa, letakkan perancangan untuk baca kitab Riadhus Solihin. Kalau tak, anak-anak balik dari masjid terus berselubung dalam selimut.


Letak juga sukatan mukasurat kena tasmik Al Quran setiap hari.


Begitulah perjuangan kita ibu ayah. Nampak kecil, tapi boleh mengundang darah tinggi kalau tiap-tiap hari kena bising-bising gerak anak-anak Subuh. Huhu..


Moga dengan usaha ini, mereka menjadi insan berilmu dan bertaqwa. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...