Friday, February 7, 2025

Pengurusan Masa Pagi

 Mengatur pagi agar bermula dengan gemilang.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/10/22


Dulu saya sering terfikir apakah manfaatnya saya menjadi orang yang tepat masa dan awal?


Saya temui jawapannya ketika baca dalam buku Ustazah Fatimah Syarha bahawa orang yang berjaya ialah orang yang mengatur permulaan hidupnya setiap hari. Iaitu mengatur paginya.


Berjaya mengatur pagi dengan penuh bermanfaat dan tidak terburu-buru. 


Masa pagi yang penuh dengan tenaga perlu disalurkan sebaiknya.


Alhamdulillah untuk masa sekarang saya cuba untuk bangun pagi jam 3.15 pagi dan bahagikan pagi saya kepada beberapa bahagian:


1. Bahagian dengan Tuhan: Beribadah dan bermunajat bersendirian.


2. Bahagian untuk kesihatan: Cuba untuk mulakan pagi dengan ceria dan cergas dengan mengayuh basikal (spinning) untuk masa paling kurang 30 minit.


3. Bahagian untuk diri dan keluarga: Sarapan, siapkan anak dan mengemas rumah sambil mendengar kuliah agama dan bersiap untuk pergi kerja.



Saya tahu jika saya lewat bangkit, saya tak akan cukup masa untuk laksanakan tanggungjawab ketiga-tiga bahagian ini.


Ketika mendengar Prof Muhaya dan suami berkongsi tentang kehidupan mereka, ini juga yang mereka sarankan. Mulakan pagi dengan perkara yang bermanfaat. Me time dengan Allah, ilmu dan kesihatan.


Masyaallah. Saya rasakan jika orang-orang muda dapat melakukan perkara ini, sangat baik untuk diri mereka.





Tidur awal dan penuhi masa bangkit awal dengan banyak perkara yang bermanfaat.


Saya ada pilihan untuk keluar rumah 10 minit sebelum jam 7.30 dan boleh sampai ke sekolah pada masanya kerana jarak yang dekat.


Tapi saya pilih untuk menikmati pagi, berjalan berpimpin tangan dengan Ahmad Zaid sambil membaca doa dan menikmati kedinginan pagi dengan tenang di samping bertegur sapa dengan para pelajar.


Moga Allah berkati pagi kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...