Tuesday, March 29, 2011

Bacaan Abbudey di TM


Abg Abbudey mempersembahkan bacaan Surah Al-Alaq pada perasmian Malam Kesenian TM.
(Agak bermain2 kerana dia dah biasa yg penonton2 dan tempat..)

Sunday, March 27, 2011

3 projek dgn straw!

Beberapa hari yg lepas kami berjaya melakukan beberapa projek menggunakan straw bersama2....

1- Membuat bunyi bising menggunakan straw.


buat bunyi bising guna straw

cara2nya boleh rujuk sini:
http://www.youtube.com/watch?v=bdKUmPrxtAY

2- straw berpusing bila di tiup


berusaha bagi straw berpusing...(budak2 susah nak cuba..)

3- straw naik tegak bila ditiup


straw yg naik tegak bila ditiup....

kedua2 cara ini boleh dirujuk disini:
http://www.youtube.com/watch?v=56GUxUCVtDA&feature=related


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Wednesday, March 23, 2011

Buku cerita Indonesia

Ini adalah buku yg sgt istimewa hadiah dr Pak Ngah yg pulang dr berseminar di Indonesia tahun lepas...Terima kasih byk2...

W/pun dah setahun dpt buku ni, ttp buku ni tetap seronok dibaca bersama anak2...
Buku yg menerapkan ttg cinta kpd Allah, Ibu bapa n sanak saudara...
Gambar lukisan yg sgt comel

menarik kan??



ayat dlm 3 bahasa (Inggeris- Melayu (Indon) n arab)

Thursday, March 17, 2011

Kraf Marble run menggunakan kotak tisu dan kotak cereal!

Asalnya projek ini boleh dibuat menggunakan kotak cereal, tp boleh juga menggunakan kotak tisu...

Adik meletakkan gam di kotak tisu

Melekatkan kertas berwarna

Kotak yang siap adik lekatkan


Bersedia untuk bermain!!!!


Adik bermain marble run yg dibuat menggunakan kotak tisu
(Abg Abbudey tiada masa ni sbb tgh tidur -sgt penat bila pulang dari PASTI...)

Dan bagi keluarga yg mengamal makan cereal untuk sarapan, tentu byk kotak cereal yg sudah dibuang kan??

Sebenarnya byk aktiviti dan kraf yg boleh dibuat menggunakan kotak cereal yg kosong...

Ini adalah satu projek yg berjaya kami lakukan:

meletakkan guli dan saksikan ia bergolek turun hingga ke tingkat bawah!

idea dan langkah2 utk membuatnya boleh di dapati di sini:
http://madebyjoel.blogspot.com/2010/06/cereal-box-marble-run.html

giliran adik pula!..

Abg mencuba dgn bola pingpong pula...


seronok memerhatikan guli bergolek!!
(adik Abdullah yg kurang sihat pun sgt berseronok!)

Faedah dr aktivti ini:
1- memahami bagaimana bola bergolek, ttg graviti dan keseimbangan.
2- koordinasi mata dengan memerhatikan gerakan bola..
3- social skill - bekerjasama dan belajar beratur dan menunggu giliran (tidak berebut2)
4- Merapat hubungan kekeluargaan
5- mengawal tingkahlaku (klu tidak, habis satu rumah bersepah guli.....)

untuk projek kraf lain yg menggunakan kotak cereal, googlekan shj dan anda akan temui byk idea yg menarik dan membuatkan anda berfikir 2x sebelum membuang kotak2 samada kotak tisu atau kotak cereal!





video permainan marble run yg amat mengujakan!

Dan ada kenyataan yg menyatakan bahawa marble run ini boleh menjadi fun therapy dan menenangkan perasaan seperti melihat ikan berenang2 di kolam dan air yg mengalir lembut di sungai!...(mmg seronok bila melihat guli bergolek)

Untuk lebih maklumat ttg faedah aktiviti marble run ini, boleh lihat di sini:
http://hubpages.com/hub/Marble-Run-Toys

This post is linked to:



              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

baca dan suaikan

Lagi aktiviti utk bacaan abang Abbudey:

suaikan gambar dgn perkataan yg sesuai

tekun melakukan kerja

Abg ABbudey

Adik Abdullah yg sentiasa perlu disediakan aktiviti yang sama dgn Abg Abbudey utknya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...