Sunday, March 10, 2024

Dialog Ahmad- Siri 1

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/12/2021


Dialog Ahmad cuti hari kedua:


👦🏻: Mama, Ahmad nak buat gigi besi boleh tak?


🧕🏻: Awat pulak?😅


👦🏻: Gigi Ahmad takdak.


😅




----------------------------


👦🏻: Mama, awat mama panggil baba: abang?


🧕🏻: Sebab baba tua lagi daripada mama (Rasanya jawapan paling jami' muqni' dah ni)



👦🏻: Ahmad panggil tokwan: abang, boleh tak?



🧕🏻: (😭😭😭😭.....tak tau nak jawab apa dah)

Friday, March 8, 2024

GENERASI PELAPIS

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/12/2021


 Detik terindah dalam hidup Nabi Sallahu Alaihi Wasallam ketika di akhir hayat baginda, baginda menyingkap tirai kamar yang menghubungkan ke Masjid Nabawi ketika Subuh. (setelah beberapa hari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak berjemaah lantaran sakit tenat.)



Baginda tersenyum.


Melihat Abu Bakar menjadi imam solat Subuh kepada para sahabat.


Baginda menemui Ilahi dan agama Allah tetap terpelihara (dengan adanya generasi pelapis).

Tuesday, March 5, 2024

Bahagia Sang Guru

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/12/2021


2005: 

Ketika cuti musim panas di Syria, pulang ke Malaysia, mengajar di Tahfiz At Tazkirah, Ampang, tempat belajar sekolah rendah dulu. Mengajar bersama ustazah-ustazah yang mengajar kita dulu.



Roda kehidupan terus berpusing.


2021:

Kini anak-anak murid kita pula yang mengajar bersama kita.


Adakalanya terbayang di mata, zaman mereka sekolah dulu, dimarah kerana tidak siapkan homework. Kini mereka ada ketokohan menjadi guru, pandai serba serbi, merekalah generasi pelapis.


Jika dipanjangkan umur, dapat pula melihat anak-anak ibtidaie pula, ada di kalangan mereka yang mampu sambung perjuangan sampaikan ilmu Al Quran dan mengenal Allah.


Begitulah harapannya guru. Bahagia sang guru.

Sunday, March 3, 2024

Overworried tentang anak


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/12/2021


Meniti hidup bersama anak-anak, pasti ada kerisauan terhadap mereka.


Kita bukan sentiasa bersama mereka, kita tidak tahu hati dan fikiran mereka, kita tak mampu mengawal segalanya tentang mereka.


Untuk saya, ketika overworried tentang hal-hal ini, diulang-ulang sepuas hati doa-doa ini, hingga tenang hati, yakin dengan penjagaan Allah.



Ya Allah peliharalah kami (dan anak-anak kami) sebagaimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang Soleh.


Jauhkanlah antara kami dan maksiat sebagai Engkau jauhkan antara timur dan barat.


Berilah kami beroleh dari pasangan dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Friday, March 1, 2024

Tak mudah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/12/2021


"Ustaz cerita kat mama, adik nampak sedih sebab tak habis syahadah, tapi abang dah habis. Adik sampai juz berapa dah buat Syahadah?"


"7 juzuk."


Senyap......



Satu sudut yang lain:


"Mama, abang dah 2 kali buat ujian juz 11, tak lulus lagi." Pernah Abdul Rahman mengadu kesukarannya.


Cabaran bersama anak-anak di usia remaja. Doa sentiasa mereka membesar menjadi pemuda bertaqwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...