Friday, August 28, 2020

Kenangan fasa ke3 PKP COVID19

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 16/4/2020

Seumur hidup saya dan suami, inilah kali pertama kami lalui PKP. Mungkin begitu juga bagi kebanyakan orang.

Alhamdulillah masuk ke fasa ketiga, kehidupan makin normal tidaklah terlalu murung dan bosan.

Sudah mula dapat menyesuaikan diri dan banyak perkara berfaedah dapat dilakukan termasuk mengajar anak-anak, tasmik Al Quran mereka, kelas hadis Riyadussolihin setiap hari selepas Maghrib, tasmik pelajar, pengajaran online dan memantau guru-guru.

PKP fasa ketiga juga telah membuatkan kurang masak dan mula fokus kembali kepada diet.

Mula merenung hakikat kehidupan.

Moga-moga kita menjadi orang yang berjaya.


Kenangan pengajian di rumah ketika PKP



 Anak-anak mula keluarkan mainan-mainan lama
Bermain mengeratkan hubungan kekeluargaan yang jarang kita perolehi ketika sibuk

Oleh kerana kawasan dalam Maahad tiada orang sangat, mereka juga dapat hasilkan 3 reban ayam yang baru

Memasak

 Pengajian Kitab Riyadussolihin selepas Maghrib setiap malam.


Membuat kerja yang diberikan oleh guru


Alhamdulillah ada hikmah dari PKP 2020 ini.

Kita kembali mementingkan kekeluargaan yang lama tidak dapat kita fokuskan 100% kerana kekangan kerja.

Monday, August 24, 2020

Hakikat kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 18/1/2020

Hidup ini seperti roda, berputar.

Pernah kau melihat teman-teman berpasangan,
hingga berkali-kali hati bertanya bilakah giliranmu?

Kau melihat ibu ayah menyambut kelahiran bayi, sampai detiknya, kau pula berjaga malam dengan bayi baru.

Kau melihat mak abah sering pulang ziarah wan  kesakitan.
Tiba masa, kau pula berulang² pulang menziarahi mak abah yang kian lemah.

Sampailah detik, kau melihat rakan, sanak saudara kehilangan insan tersayang.
Satu masa kau juga pasti akan alaminya.Menyakitkan! Tapi ia pasti akan tiba.

Dan akhirnya mereka pula akan kehilanganmu. Roda pun berhenti berputar!






Thursday, August 20, 2020

Mengharapkan kesembuhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 18/1/2020


Sekarang:
*ABAH:* 
Apa yang abah nak hanyalah kesembuhan. Tak ada perkara lain yang abah hiraukan selain kesembuhan.

Adik² abah 2 orang alami perkara yang sama dan telah meninggal. Hati adik² abah sayu, seorang lagi alami nasib sama.

*MAK:* 
Mak seperti biasa. Diam. Tak banyak bercakap. Hanya berkhidmat untuk abah. Sedih dalam hati tak pernah dizahirkan.

Untuk kami, ini pertama kali lalui saat seperti ini. Dulu kita sakit, abah buatkan ubat, sekarang abah sakit, apa kita boleh buat? Abah pesan titipkan doa bagi abah sembuh



Sunday, August 16, 2020

Kenangan bersama Tobby

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 18/1/2020


TOBBY: Kucing pertama yang kami bela lama dan diberikan nama. Sungguh bila diberikan nama, ia lebih dekat di hati dan ia adalah SUNNAH NABI SAW.

Arwah TOBBY yang pandai dan manja, suka gesek kepala kat kepala orang, tidur kat kaki orang. Tiba² rasa berat, panas, kena hempap...rupa²nya Tobby👻.




Thursday, August 13, 2020

Kenangan pengajian di rumah 4 tahun lalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 16/4/2020

Video di bawah ini adalah kenangan pengajian Kitab Riyadussolihin bersama anak-anak beberapa tahun lalu


MasyaALLAH sangat rindu pengajian seperti itu.

Alhamdulillah dari fasa pertama PKP dapat mengadakan kelas hadis Riyadussolihin bersama anak-anak.













Alhamdulillah..

Semoga dapat berterusan dan mengaji banyak kitab.

Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...