Wednesday, January 31, 2024

Pernah terluka?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/12/2021


Pernah sedih? Pernah terluka? Pernah putus asa? Pernah kecewa? Pernah risau? Pernah sakit?


Dunia ini bukan tempatnya untuk bahagia berpanjangan.



((Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:)) al-Baqarah 155


Yang kaya boleh jadi miskin, yang sihat aktif boleh jadi sakit, yang pandai boleh jadi tak pandai, yang gemuk boleh jadi kurus (tibeh😅).


Buka mata. Bukan kita seorang sahaja yang diuji.


Di syurga nantilah tempat bahagia abadi. Tanpa duka.


Berdoalah dan usahalah untuk KE SANA

Monday, January 29, 2024

KENANGAN BERNIAGA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/12/2021


Kalau makan kacang kuda sambal mesti teringat kenangan dulu pernah masak kacang kuda sambal ni untuk jual di kantin sekolah. 


Pek dalam plastik kecil-kecil, jual sebungkus RM1. 


Pernah juga menjual ikan keli (bela dalam kolam kanvas + tong hitam belakang rumah, rumah taman) kepada rakan guru, muallimah-muallimah di SMAI Islah Sungai Petani ketika mula-mula bekerja masa baru balik dari Syria tahun 2007.



Di Tahfiz Mutmainnah juga pernah jual ikan talapia yang dibela di halaman rumah kami juga (rumah taman juga).


Begitulah kehidupan. Susah senang menjadi kenangan hidup.

Saturday, January 27, 2024

TAK TAHU.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/12/2021


Walaupun mampu ajar semua anak-anak mengaji dari kecil hingga khatam, tapi ada subjek yang tak boleh nak bantu mereka, terutamanya bila masuk sekolah menengah.


Alasan paling win: 

"Mama sekolah menengah dulu tak belajar topik ni lagi."😅


Ketika PDPR hari tu, pesan selalu kat anak-anak:


 "Kalau tak faham, mesti tanya ustazah sampai faham. Kalau tidak, minggu depan masuk topik baru tak faham juga. Makin bertimbun-timbun yang tak faham."



Alhamdulillah guru-guru sangat membantu anak-anak sampai faham. Tak cukup text, send voice/ video jalan kerja kalau masih tak faham. Sampai faham.


Allah rahmati dan ganjari semua guru dengan ganjaran yang berlipat ganda. Amin

Thursday, January 25, 2024

Moga jadi inspirasi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/12/2021


"Saya pun mula hafaz Al-Quran, sama hafaz Al-Quran dengan anak-anak. Anak-anak tasmik dengan ustazah di Maahad, saya tasmik online." 


Begitulah perkongsian cerita seorang kenalan sebagai respon kepada status tentang kelas Al Quran online.


Kita selaku ibu ayah selalu berazam, biarlah kebaikan yang kita lakukan, menjadi inspirasi dan dicontohi anak-anak. Perangai tak elok jangan pula diikuti.


Dulu masa mengaji di Syria, abah turut ambil personal tuisyen dengan ustaz Arab. 


"Abah dah tua pun belajar, korang kena belajar sungguh-sungguh."



Ketika tasmik online, saya akan buka pintu bilik supaya anak-anak dengar dan tahu kita SAMA-SAMA BERJUANG menjaga hafazan. Selalu juga tasmik online dalam kereta ketika perjalanan jauh. 


Allah ampuni dan rahmati ibu bapa kita selamanya. Amin

Tuesday, January 23, 2024

Bekal makanan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/12/2021


Saya suka lihat pelajar-pelajar bawa bekal dari rumah. Setiap hari berbeza. Nampak meriah. Special.


🧕🏻: Anta bawa bekal apa hari ni?


👦🏻: Mak Ana masak nasi goreng


👦🏽: Ana bawa nasi gulai.


👦🏾: Ana bawa roti telur.


Minggu lepas Ahmad minta nak bawa bekal pi sekolah. Menu yang Ahmad minta ialah putu mayom😅




Selagi belum jemu lagi😅

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...