بسم الله الرحمن الرحيم
" InsyaALLAH... Moga menjadi 'PEMIMPIN' bagi ganerasi yang bertaqwa (berdasarkan doa واجعلنا للمتقين إماماً ), InsyaALLAH."
Itulah respon hati saya, pertama kami membaca tajuk hadapan sisipan Famili dalam akhbar Berita Harian yang bertarikh 20/11/2012 (Hari Selasa).
Inilah tajuk yang dimaksudkan itu |
Ringkasan artikel ini boleh dibaca di sini:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Generasibertakwa/Article
Sebenarnya proses interview sebulan lalu berlaku dengan sangat simple dan mudah. Hanya melalui panggilan telefon dan emel sahaja. Begitulah betapa mudahnyalah kecanggihan teknologi masakini. Alhamdulillah...
Dan interview melalui panggilan telefon tersebut dijawab oleh baba.
Cik puan wartawan itu juga sangat berbudi bahasa dan sangat memberikan bantuan, pilihan dan kemudahan kepada kami sekeluarga..
Pada asalnya mereka hendak menghantar photographer untuk mengambil gambar keluarga kami dari KL ke Kedah, tapi rasanya agak menyusahkan pula untuk meredah perjalanan lebih 4 jam semata2 untuk mengambil beberapa keping gambar kami sahaja.
Jadi baba memberi cadangan biar kami emelkan sahaja gambar2 keluarga kami.
Dan oleh kerana kami tidak memperolehi kamera2 canggih (hanya ada handycam yang sudah sebaya dengan ABbudey) , jadi kami menggunakan khidmat profesional Pak Long Amir untuk menolong tangkap gambar kami sekeluarga di rumahnya.
Kerja merakam gambar sebenarnya tak semudah yang dilihat (hahaha)... Sangat kekok bila orang nak tangkap gambar kita, terus jadi kaku dan pelik (hahaha)...Sampai berpeluh2...
Doa saya moga ALLAH sentiasa memberi kita KEKUATAN hati yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatNya dan sabar (serta bersyukur) atas segala ujianNYA...Amin..
Semoga tulisan ini memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat diluar sana tentang kepentingan didikan agama kepada anak2 sejak dari kecil, InsyaALLAH...
Terima kasih kepada semua.
الحمد لله....الشكر لله
جزاكم الله خيرا كثيرا
جزاكم الله خيرا كثيرا
=)
alhamdulillah..semoga mkbul doa mama baba sbg pemimpin bg org2 bertaqwa! amin! doakn muhammad dan abdullah disini ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga artikel tersebut, dapat mencetuskan rasa 'teringin' di kalangan ibubapa yang membacanya untuk mendidik anak mereka ke arah Al Quran dan Sunnah.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTo Ummu Muhammad:
Amin... Terima kasih atas doa tersebut. Moga 2 putera kalian juga akan menjadi jundullah lebih hebat lagi, INsyaALLAH.
To Puan Syafisyifa:
Terima kasih atas lawatan dari puan.
To Puan Lina Karim:
Amin....Begitulah hendaknya. Moga tulisan tersebut menjadi inspirasi dan menimbulkan usaha untuk mencambahkan amalan2 positif di dalam lautan budaya2 negatif dalam institusi kekeluargaan dalam masyarakat masakini, InsyaALLAH.
Terima kasih juga kepada puan kerana memberi banyak peluang kepada kami sekeluarga. Keluar rancangan PESAN ATOK itu pun kerana puan yang semawa.
Terima kasih. Banyak yang kami belajar dari puan sekeluarga.
Semoga ALLAH terus memberkati dan memberi ketenangan kepada puan sekeluarga di dunia dan di akhirat, InsyaALLAH.
Assalamalaikum