Tuesday, October 11, 2016

Muhasabah dari kartun: Dambaan husnul khotimah

بسم الله الرحمن الرحيم


Cuti kuarantin bersama anak-anak kerana demam campak selama lebih kurang 2 minggu kami gunakan untuk berehat sepenuhnya.

Waktu malam tidur terganggu, waktu pagi cuba untuk bagi stabil semula diri agar cukup tenaga dan emosi tidak kacau.

Waktu-waktu jemu diisi dengan menonton kartun kisah-kisah Al-Quran dalam bahasa Arab yang dimuat turun dari You Tube.

Kartun Kisah-kisah haiwan di dalam Al-Quran yang dimainkan di TV
setelah dimuat turun dari laptop

Terdapat beberapa episod kartun kisah-kisah Al-Quran di dalam you tube yang boleh dimuat turun.

1. Kartun Kisah wanita dalam Al-Quran (30 episod)
2. Kartun kisah haiwan dalam Al-Quran (30 episod)
3- Kartun kisah-kisah ajaib di dalam Al-Quran (30 episod)
4- Kartun Kisah insan di dalam Al-Quran (30 episod)

Semua kartun dalam Bahasa Arab
(Boleh klik perkataan di atas untuk lihat senarai video)

Kesemuanya menarik dan membuatkan anak-anak suka menontonnya.

Alhamdulillah, bukan sahaja memberi ilmu baharu kepada anak-anak, tetapi kepada mama juga.

Dua ilmu dalam 1 masa:
Ilmu Al-Quran dan juga Ilmu bahasa Arab


Nota: Agak dukacita kerana wanita dalam kartun ini tidak menutup aurat dengan sempurna, padahal kartunnya penuh islami dan kisah-kisah dari Al-Quran.. Semoga mereka dapat perbaiki lebih baik InsyaALLAH


Antara kisah yang menarik hati ialah kisah Balaam bin Bauura' dan juga kisah Barshishan yang  mereka ini adalah orang-orang soleh memenuhi hidup mereka dengan amal ibadah dan menghambakan diri kepada Allah subhanahu wa taala.

Namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi realiti, gerimis di tengahari.

Insan yang soleh dan memenuhi masa mereka dengan ibadah dan mengabdikan diri ini tergoda dengan godaan dan hasutan syaitan. Kesudahannya amat menyedihkan apabila mereka tergolong dalam golongan yang hina dan kufur kepada Allah subahanahu wa taala.

Sebagaimana firman Allah subhanahu wa taala:


Kartun yang amat menyedihkan dan menakutkan.

Takutnya bila masa muda dipenuhi dengan amal soleh, tetapi tersasar dari pintu syurga di penghujungnya.

Kerana itulah janganlah kita berbangga dengan amal soleh kita dan memandang hina kepada orang lain. Kita tidak tahu kesudahan diri kita dan dirinya.

Ya ALLAH janganlah engkau tarik semula hidayah kurniaanMu di hujung hayat kami.



Moga kita semua mati dalam husnul khotimah.

Aminn...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...