بسم الله الرحمن الرحيم
- 30 Ogos 2016
- Selasa
Selepas hampir lebih seminggu anak tengah, Abdullah dijangkiti demam campak dan hampir sembuh, kini anak sulung dan anak bongsu pula yang tidak sihat.
Bermula dengan demam panas, bintik-bintik merah mula naik sedikit demi sedikit.
Masing-masing bersabar dan tabah dalam keadaan tidak sihat dan tidak selesa InsyaALLAH |
Ikhtiar serta doa dijalankan seiring.
Alhamdulillah Abang Abbudey adalah seorang yang Allah kurniakan kesihatan yang baik. Terlalu sukar untuk demam. Ini adalah kali pertama abang Abbudey demam rasanya untuk tahun ini.
Terasa betapa mahalnya nilai kesihatan bila Allah tarik sedikit sahaja.
Astagfirullah...
Semoga ujian kesihatan dalam keluarga kami ini adalah untuk mencuci dosa-dosa lampau.
Aminnn,,,
No comments:
Post a Comment