بسم الله الرحمن الرحيم
Antara sikap yang agak tidak baik dalam diri ialah rasa ragu-ragu.
Bagi saya ia juga berpunca dari hasutan Syaitan.
Ragu-ragu juga membuatkan hujjah yang kita kemukakan tidak kuat.
Terdapat syair Arab yang berbunyi:
Maksud syair:
Jika kamu mempunyai pandangan,
Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan pandangan itu.
Rosaknya sesuatu pandangan itu adalah kerana rasa ragu-ragu.
Begitulah. Jika kita sendiri tidak berpendirian teguh dengan pandangan sendiri, mudah sahaja kita kalah dengan hujjah lawan.
Lagi satu sikap ragu-ragu yang tidak baik adalah pada keputusan yang dibuat.
Adakalanya di pertengahan jalan, bila menempuhi kesukaran, mulalah terfikir:
"Betul ke tindakan aku ni? Berhasilkah apa yang aku buat ini?"
Bagi saya ini juga bisikan syaitan yang memberikan rasa was-was dalam diri kita.
Kerana itulah Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
Antara situasi yang saya hadapi rasa ragu-ragu:
Dalam perjalanan pembentangan seminar PASAK3 di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), ketika dalam perjalanan ke musabaqah hafazan anak-anak di Setapak, Kuala Lumpur.
Anak-anak menunggu mama di luar sementara mama bentang seminar. |
Yang nak bentang seminar sorang ja, yang lain bagi sokongan. |
Ketika pusingan akhir Musabaqah Al-Quran di Surau Medan Idaman, Setapak, Kuala Lumpur |
Abang Abbudey ketika di peringkat akhir |
Perjalanan yang jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur membuatkan saya rasa ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat.
"Eeiii aku dok susah-susah jalan jauh-jauh, mahal-mahal ni betul ke berbaloi apa yang aku pilih ni?"
Allah..
Doa saya agar Allah sentiasa memberikan kita pilihan yang tepat dan baik untuk diri kita, keluarga kita dan masyarakat di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment