Wednesday, September 12, 2018

Mak dan abah: Buku dan penulisan

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya teringat beberapa hari kebelakangan ini bahawa minat saya pada buku dan penulisan adalah terkesan dari melihat mak dan abah.

Mak dan abah memang dari dulu hingga sekarang banyak membaca buku.

Di meja tepi katil mesti ada buku (biasanya buku berbahasa Inggeris) untuk dibaca.

Hinggakan ketika kami sekeluarga menetap di Syria pun, kami akan pergi ke Takiyyah Sulaimaniah bersama mak untuk mencari buku-buku lama dalam Bahasa Inggeris yang ada jual di sana.

Sungguh buku mempunyai aura positif yang mampu memberikan rasa bahagia, tenang, gembira dan seronok apabila membaca.

Gambar di atas diambil dari buku ini


Abah pula dulu ketika bekerja di Brunei pernah menjadi penulis majalah di Brunei. Malahan sebelum zaman blogger dan Wordpress lagi, abah sudah ada web dan blog sendiri.

Ketika kami di Syria kami pernah baca blog yang abah tulis tentang abang Abbudey.

Kini saya jatuh cinta dengan buku dan penulisan.

Sungguh ada nikmat bahagia yang dirasakan apabila dapat menulis dan membaca. Dapat menzahirkan rasa hati dan fikrah dari minda. Sungguh ia satu kenikmatan dari Allah.

Moga ia menjadi satu hobi yang memberikan manfaat kepada diri, masyarakat dan Agama Islam. Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...