بسم الله الرحمن الرحيم
Ini adalah antara pengisian video kuliah Sheikh Ratib Nabulsi yang amat menusuk kalbu, sering diingati dalam ingatan dan memberi peringatan kepada saya.
Di dalam kuliah ini sheikh memberikan perbandingan antara ibu yang berjaga sepanjang malam solat tahajjud, namun anak-anak tidak dibekalkan sarapan dan tidak terurus, berbanding dengan ibu yang bangkit qiamullail setengah jam sebelum subuh tapi dia menunaikan hak anak-anak dan suami, manakah yang lebih baik?
Ibadah utama dan tanggungjawab utama seseorang itu adalah pada peranan yang ALLAH jadikan kita.
Bila kita seorang yang kaya, ibadah utama kita adalah bantu orang miskin.
Bila kita seorang yang alim, ibadah utama kita adalah untuk menyampaikan ilmu.
Bila kita seorang ibu, ibadah utama kita menguruskan rumahtangga.
Dari video ini, pelbagai fikrah yang selalu bermain di dalam minda, saya cuba kongsikan fikrah ini melalui status Whatsapp saya:
|
Bila ALLAH jadikan kita hidup dalam budaya ilmu, tanggungjawab kita ialah untuk memberi manfaat kepada orang lain tentang ilmu dan promote tentang ilmu.
Jika ALLAH anugerahkan kita rasa cinta kepada buku dan ilmu, tanggungjawab dan amanah kita ialah untuk beri manfaat kepada orang lain melaluinya dan kongsikan ia bersama orang lain |
|
Sungguh jika bukan ibu bapa yang menyayangi anak-anak, mentarbiah anak-anak, siapa lagi yang ingin kita harapkan untuk menggantikan tempat kita mentarbiah anak-anak |
|
Perhatikan dalam komuniti kita, dalam tempat kerja kita, dalam keluarga kita, dalam persekitaran kita, ramaikah yang berbicara tentang ALLAH? Ramaikan yang mengingatkan tentang ibadah?
Jadilah orang yang mengingatkan orang lain tentang ALLAH, tentang Islam, tentang akhirat.
Biarlah apabila orang lihat kita, dia akan terus teringatkan ALLAH dan ibadah. |
|
Sungguh banyak lagi amalan Islam yang makin ditinggalkan dan akan dilihat ganjil jika terus disisihkan.
Menutup aurat dengan sempurna.
Sunnah-sunnah nabi.
Berkata benar.
Berdiam jika tiada perkara baik yang ingin dikatakan.
Menahan marah
Menahan diri dari mencaci keji, mengumpat, menghina dan lain-lain...
Sungguh jika bukan kita yang amalkan, siapa lagi yang ingin menunjuk contoh tentang akhlak-akhlak mulia ini.
|
|
Saya tutup status ini dengan penuh pengharapan semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita untuk menunaikan hak dan tanggungjawab yang ALLAH berikan kepada kita melalui kelebihan yang unik yang ALLAH berika kepada kita
Sungguh adakalanya rasa diri masih belum lakukan semua tanggungjawab ini dengan sempurna. Masih banyak lagi lompong kekurangan yang masih belum ditampung.
ALLAH ampunikanlah kekurangan kita dan bantulah kita untuk menunaikan tanggungjawab kita dengan sempurna |
No comments:
Post a Comment