بسم الله الرحمن الرحيم
Saya pernah terima whatsapp dan video yang bertanyakan tentang anak yang berusia 2 tahun lebih yang tidak boleh fokus membaca.
Bagi saya perkara ini adalah biasa berlaku.
Begitu juga dengan Ahmad Zaid.
Ada ketikanya, boleh sahaja dia tak mahu membaca. Seperti dalam video ini:
Jika Ahmad tiada mood nak membaca, saya akan segerakan berhentikan aktiviti membaca dan biarkan dia melakukan apa yang diingini.
Adakalanya pula moodnya elok untuk membaca hingga 3 mukasurat pun dia masih boleh fokus membaca.
Seperti dalam video di bawah ini, ini adalah mukasurat ke 3 yang Ahmad Zaid (lagi 2 bulan lagi masuk 3 tahun) baca dalam satu masa:
Alhamdulillah sudah sampai muksurat 21 dari buku Al-Furqan jilid 1
(p/s: Siapa yang mahukan buku Al-Furqan seperti dalam video tersebut, boleh terus Whatsapp sahabat saya, Ustazah Sumayyah:
Malahan juga, biasa saja jika Ahmad tidak boleh tidur malam - kadangkala hingga pukul 2 pagi (kerana tidur lama pada waktu petang) , dia akan ajak membaca Al-Furqan supaya kita tidak tidur dan melayannya.
Ada juga masanya, dia sendiri akan tawarkan diri mahu membaca buku Al-Furqan.
"Mama, jom baca buku."
Jadi, konklusinya, pilihlah masa dan keadaan yang sesuai untuk aktiviti pembelajaran anak kecil supaya hasilnya lebih memuaskan, insyaAllah.
Alhamdulillah Allah juga hadirkan rakan-rakan yang sama mempunyai usaha dan semangat yang tinggi mendidik anak-anak dari kecil.
Seperti rakan yang berkongsi video dalam Facebooknya ini:
Semoga kita semua terus istiqamah, insyaAllah
No comments:
Post a Comment