بسم الله الرحمن الرحيم
Buku ini saya baca selepas disarankan oleh 2 orang sahabat. |
Buku yang menerangkan tentang kepentingan perpustakaan kepada individu dan masyarakat.
Ramai para ulama pasti akan mempunyai perpustakaan peribadi Hebatnya sistem pengurusan perpustakaan menunjukkan hebatnya budaya ilmu dalam individu dan masyarakat. |
Seakan terbayang-bayang kenangan Sheikh Bassam Ajek menerangkan tentang kisah perpustakaan yang dihapuskan dalam era peperangan. |
Rasa amat takjub apabila membaca hasil karya Dt Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang banyak dikarangnya dalam masa setahun.
Masyaallah
Buku yang kedua pula ialah bertemakan tafsir dan ulum Quran dalam bentuk santai dan moden.
Ini juga adalah hasil karya penulis yang saya minati.
Nota dari Tuhan.
Sungguh buku ini amat bermanfaat dan memberi banyak ilmu tentang tafsir dalam bentuk moden dan santai. |
Alhamdulillah syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang memberikan kelapangan masa untuk membaca.
No comments:
Post a Comment