Friday, September 7, 2018

Info Buku Ku Cium Haruman Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini saya beli kerana terkesan dengan kata-kata Ustazah Ainun Mardhiah dalam video ini:


Antara kata-katanya yang membuka hati saya untuk membuat pre order buku ini di dalam video tersebut ialah:

1- Kita perlukan contoh/ model muslim yang soleh masakini dalam hidup kita. Contoh keluarga yang menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka.

2- Buku ini ditulis agar anak-anak almarhumah yang masih kecil dapat mengenali dan mengetahui kebaikan, keistimewaan dan kesolehan ibu mereka.

Inilah bukunya

Tanda tangan penulis


Catatan kenangan ditulis oleh sanak saudara dan rakan handai almarhumah

Buku ini juga membuatkan saya teringat kepada Arwah Ustazah Elham Abdel Halem yang meninggal akibat kemalangan jalan raya dua bulan yang lalu. Dua kisah yang hampir sama.


Sungguh antara prinsip yang sering berulang-ulang kali terlintas di minda ialah:
"Sungguh Allah jadikan semua manusia punya kelebihan masing-masing yang tersendiri agar ia dapat menggunakan kelebihan dirinya untuk memberi manfaat kepada orang lain dan orang lain dapat mengambil iktibar dan teladan dari dirinya. Sungguh kehidupan dan sejarah hidup setiap individu dapat menjadi panduan dan pelajaran kepada orang lain. Kerana itulah manusia itu saling melengkapi."


Tajuk yang menusuk kalbu

Membaca buku ini juga membuatkan saya teringat tentang keinginan diri untuk menulis tentang kebaikan insan lain yang terbantut kerana beberapa faktor:
1- Bimbang manusia itu berubah
2- Bimbang terlalu memuja makhluk

InsyaALLAH jika ada rezeki insyaALLAH akan ditulis juga suatu hari nanti untuk memberi faedah kepada orang lain.

Menulis tentang kebaikan individu sebenarnya dapat memberi pedoman dan panduan kepada orang lain hatta walaupun seseorang itu menulis kebaikan dirinya dengan niat memberi manfaat kepada orang lain. Seperti Sheikh Asy-Sya'rani, pengarang kitab Al-Minan Al-Kubra yang pernah ditulis dalam entri ini.
http://cinta-rasul.blogspot.com/2015/04/minat-menulis-dan-membaca.html

Antara faedah yang saya dapat dalam buku ini:
1- Terikatnya hati insan dengan Allah
2- Setiap manusia pasti ada kebaikan yang menyerlah dalam dirinya yang menarik perhatian setiap orang. Perhatikanlah dan contohilah apa yang baik.
3- Setiap insan itu berusaha dan melalui jerih payah dalam kehidupannya yang mungkin orang lain tak tahu.

Bab yang terakhir tentang status Facebook almarhumah yang berbentuk tarbiah yang pernah dikongsikan mengingatkan saya kata-kata:

Tulislah kerana ia akan menjadi pahala yang berpanjangan walaupun selepas kematian penulisnya.

Tulislah sebanyak-banyaknya, kerana kamu tidak tahu mana satu tulisan kamu yang mengenalkan pembaca kepada Allah.



Kelebihan buku ini adalah pada ayatnya yang simple dan mudah difahami. Kisahnya juga adakalanya mungkin biasa kita lalui, namun ada hikmah dan pedoman di sebaliknya bagi mereka yang memerhati.

Alhamdulillah, buku yang menginsafkan.
Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...