بسم الله الرحمن الرحيم
Sejarah saya menulis blog pula bermula ketika pulang dari Syria hampir 11 tahun yang lalu
Abang ipar yang mula-mula dulu ada blog. Ketika zaman itu manalah ada Facebook, Twitter, IG. Ketika itu zaman blog sedang naik. Ramai orang menulis di blog sepertimana Facebook dan Twitter pada masa kini.
Makanya abang ipar mengajar baba untuk membuat blog. Entah apa tujuan buka blog ketika itu saya pun tak tahu.
Permulaan menulis blog masih kabur ingin menulis apa?
Hanya cuba untuk menghidupkan blog.
Lama-kelamaan apabila menemui blog homescholler Puan Mahani, saya mula menulis tentang pendidikan anak di rumah dan juga mendidik anak dengan Al-Quran kerana terinspirasi dengan Puan Mahani dan juga ingin menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mendidik anak-anak sejak awal.
Abang Abbudey dan Abdullah kian membesar dan hampir tamat persekolahan di sekolah rendah.
Penulisan di dalam blog ini juga kian berubah. Terdapat banyak genre yang saya cuba sampaikan dalam blog ini.
Ketuhanan. Info buku. Info mendidik anak-anak. Muhasabah diri dan macam-macam lagi.
Saya amat seronok apabila melihat ada blogger yang mampu menerbitkan buku hasil dari penulisan entri-entri dalam blog mereka.
Terdetik cita-cita untuk menerbitkan buku juga hasil dari entri-entri dalam blog ini yang sudah melebihi 1000 entri. Semoga Allah perkenankan doa di petang Hari Pertama Ramadhan ini. Amin Ya Rabb.
Dalam hati juga, tersemat rasa untuk sentiasa mendekatkan hati pembaca blog ini dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Biarlah apabila orang membuka blog ini sahaja, teringatkan Allah. Moga kita juga mendapat ganjaran di sisi Allah.
Satu lagi niat di hati ialah agar blog ini menjadi ulangan memori indah buat anak-anak dan ia telahpun tercapai pada masa sekarang.
Masyaallah, masa yang berlalu tak terasa begitu cepatnya. Tidak sedar sudah lebih 10 tahun saya menulis di blog ini.
Abang Abbudey dan Abdullah yang dahulunya kecil kini mereka membaca kisah-kisah mereka sendiri di dalam blog ini. Banyak dari kisah mereka yang mereka tidak lagi ingat.
Memang ralit kalau mereka membuka blog ini.
Semoga entri dalam blog ini terus memberi manfaat kepada masyarakat dan Ummat Islam.
Semoga ada nilainya di sisi Allah.
In sha Allah, saya juga silent reader yg sentiasa ikut blog ni terutama saat perlukan kekuatan dan inspirasi utk mendidik anak-anak.. Semoga Allah membalas dgn sebaik2 ganjaran pada puan sekeluarga
ReplyDeleteAmin...Jazamukullahu khairan kathira. Semoga mendapat manfaatnya.
ReplyDelete