بسم الله الرحمن الرحيم
Saya sering berkata kepada diri sendiri:
"Semua orang punya keistimewaan yang tersendiri. Kita pasti akan dapat ambil banyak manfaat dari orang lain."
Setiap kali berjumpa dengan orang lain, saya merasakan pasti ada sifat mahmudah darinya yang boleh kita contohi.
Di situlah antara hikmahnya kita berkenalan dengan ramai orang.
Begitulah kisahnya dengan peristiwa yang berlaku pada bulan 11 tahun lalu...
Ketika Sheikh Dr.Muthi' Al-Hafiz datang menziarahi Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.
Sheikh dan rombongan datang bersama dengan isteri sheikh juga.
Sheikh Muthi' Al -Hafiz - berpakaian putih (Semoga ALLAH panjangkan usianya dan kita dapat mengambil banyak manfaat dari beliau) |
Bersama pelajar lelaki di Maahad |
3- Anisah sangat merendah diri.
Anisah langsung tidak benarkan kami ambilkan kasutnya.
Dia ambil sendiri dan pegang kasutnya.
4- Ketika anisah bersalam dengan para pelajar perempuan Maahad, Anisah mencium setiap tangan mereka.
MasyaALLAH.
Isteri Sheikh bersalaman dengan pelajar perempuan Maahad Al Iman |
5- Ketika sheikh membacakan hadis ini:
Dalam hati saya, saya berkira-kira untuk berkata (saya duduk di sebelah anisah) kepada anisah:
أحبك (Saya suka kamu), tapi saya malu dan bimbang pula dikatakan berpura-pura...
(hahaha... overthinking dahsyat nau)
Namun, belum apa-apa lagi, anisah sudah berkata kepada saya:
أحبك (Saya suka kamu).
Terus saya jawab:
أحبك الله الذي أحببتني له
"Semoga ALLAH sayang kepadamu yang sayangkan saya keranaNya."
Malu pula rasa kerana berfikir macam-macam.
MasyaALLAH...
Begitulah, betapa banyak manfaat yang sifat mahmudah yang boleh kita pelajari dari orang lain.
Semoga diri kita sentiasa disemai dengan sifat mulia dan mencontohi Nabi Sallallahu Alaihi wasallam.
No comments:
Post a Comment