بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 3/10/2019
Terlintas di fikiran saya sehari sebelum Abdullah khatam Al-Quran.
Kalau diikutkan Abdullah mungkin akan khatam Al-Quran beberapa bulan lagi, namun ketika mendaftarkan Abdul Rahman in konvokesyen huffaz Al-Quran bagi mereka yang telah khatam Al-Quran, timbul idea untuk mendaftarkan Abdullah sekali memandangkan konvokesyen ini mungkin hanya diadakan 2 tahun sekali sahaja.
Kalau Abdullah menyertai selepas 2 tahun juga agak sayang kerana hafazan dia hanya berbaki sedikit sahaja lagi.
Begitu juga kos dan masa akan bertambah kerana pergi 2 kali. Tempat juga tak tahu di mana pada 2 tahun yang akan datang.
Masa kami galakkan Abdullah untuk fokus menghafaz hafazan baru sebelum bermulanya konvokesyen.
Alhamdulillah Abdullah dapat khatam sebelum berlangsungnya konvokesyen tersebut.
Apa yang saya fikirkan ialah Masya Allah...betapa Allah sering timbulkan dalam minda kita ilham-ilham yang bagus dan bermanfaat untuk kita.
Satu ilham.
Dari satu ilham, berterusan pula dengan tindakan untuk merealisasikan ilham tersebut.
Masya Allah..
Begitu juga dengan ilham mendidik anak-anak dengan al Quran sejak dari kecil.
Ilham membuka sekolah maahad walaupun bermula dari 0 sen.
Masya Allah.
Allah itu Maha Hebat memberikan ilham yang baik untuk kita berjaya dunia dan akhirat.
Doa saya semoga kita sentiasa terus dibukakan hati dan minda untuk menerima ilham-ilham yang bagus yang memajukan kita dunia dan akhirat dan mendekatkan diri kita kepada Allah subhanahu wata'ala.
Amin.
No comments:
Post a Comment