Tuesday, May 12, 2020

Diari Mekah 2: Hotel yang selesa di Mekah

Diari Mekah 2: Ujian Dan Hikmah


Sambungan dari entri yang lepas.


Apabila Abdullah tersangkut di imigresen kerana tidak dapat kesan cap jarinya kerana Abdullah mempunyai masalah tapak tangan berpeluh. Apabila diterangkan kepada pegawai wanita tersebut, beliau memberi kerjasama untuk memudahkan urusan Abdullah.

Malahan juga mereka mesra dan bekerja dengan baik.

Alhamdulillah.



Bersambung dengan kisah pertukaran hotel, walaupun berpenat dengan urusan pindah barang ke hotel dalam keadaan lapar kerana belum sarapan, namun natijahnya sangat baik kerana makanan di hotel Swissotel Al Maqam sangat sedap dan pilihan antarabangsa berbanding dengan hotel Movenpick.


Malahan bilik hotel juga menyediakan peralatan yang mencukupi seperti tuala yang banyak, sabun, syampu, losyen, dan kopi teh.

Hotel kami di Mekah
Selesa dan sangat dekat dengan Masjidil haram

Peringatan jangan membazir di tempat makan

Jalan menuju ke Masjidil haram


Antara hidangan yang sangat lazat di hotel







Hotel yang selesa di Mekah.


Di awal perancangan, sepatutnya jemaah kami tinggal di hotel Movenpick.

Jarak hotel dengan Masjidil Haram lebih kurang 3 minit berjalan kaki.

Namun ketika sampai ke Mekah, Hotel tersebut telah penuh. Maka kelam kabut jemaah kami membawa barang-barang ke hotel bertentangan. Swissotel Al Maqam.

Dengan ujian penerbangan yang ditangguh sejam kemudian apabila sudah masuk ke dalam kapal terbang, ditangguhkan lagi sejam kerana menunggu giliran untuk berlepas.

Kami sampai ke Mekah ketika waktu hampir Subuh.

Alhamdulillah urusan imigresen berjalan dengan cepat. Tak seperti cerita yang selalu orang gembar-gemburkan bahawa urusan imigresen memakan masa yang lama dengan kerenah pegawai imigresen yang melambat-lambatkan urusan. Mungkin mereka sudah meningkatkan prestasi kerja. Pegawai imigresen ketika itu juga semuanya wanita Arab yang memakai jubah dan tudung hitam.

Kembali ke kisah pertukaran hotel, Hotel Swissotel Al Maqam Masya Allah..
Hotel yang menyediakan makanan yang sangat banyak dan pilihan antarabangsa.

Masyaallah terasa bagai di syurga.

Apabila makanan banyak dan sedap-sedap, tak perlulah membeli makanan di luar. Dapat menjimatkan duit dan  masa dari mencari kedai makan.

Alhamdulillah



Alhamdulillah di sebalik kepayahan ada keindahan.





Alhamdulillah permintaan hati kecil inginkan tingkap bilik menghadap Kaabah diperkenankan Allah





Jus carrot
Hanya carrot semata-mata
Sangat sedap
Masyaallah

Carrot yang manis tanpa campuran air dan gula



Hidangan sushi di hotel Mekah
Masya Allah









Bukan semua hotel di Mekah menyediakan kemudahan seperti ini walaupun hotel mahal.

Malahan jalan menuju ke Masjidil haram juga selesa.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...