Entri ini ditulis pada 13/12/2019
Satu berita sedih yang kami terima ketika berada di Mekah ia berita kematian Tobby.
Tobby adalah seorang kucing marble benggal yang kami bela hampir setahun.
Tobby sangat manja dan pandai.
Bila masuk rumah, dia akan gesel kepalanya ke kepala orang.
Kalau anak-anak tunduk kepala, mesti Tobby akan gesel kepalanya ke kepala anak-anak.
Tobby selalu buang air besar dan kecil jauh dari rumah.
Kematian Tobby amat membuatkan Abdullah bersedih.
Abdullah menangis teresak esak selama 2 hari hingga para jemaah lain bertanya.
Hinggakan ketika sebelum Solat Zohor di Masjidil Haram, ketika iktikaf dan baca Al-Quran, Abdullah menangis teresak esak dengan kuat hinggakan pakcik dari India di sebelah meminta Abdullah mendoakannya. Mungkin pakcik tersebut fikir Abdullah menangis kerana tadabbur ayat Al-Quran.
- Tobby dalam kenangan
Hatta jika terlihat kucing di jalanan ketika ziarah di sekitar Mekah pun, Abdullah akan menangis teresak esak.
"Adik rindukan Tobby." Katanya.
Abdullah menangis hingga sakit kepala dan terpaksa makan Panadol.
"Mama, macamana nak hilangkan rasa sedih?"
Kami cuba untuk tidak bercerita tentang Tobby. Bercerita tentang Tobby, mudah sahaja membuatkan mood Abdullah berubah menjadi sedih.
Ada juga hikmahnya kematian Tobby ketika kami berada di Mekah. Sekurang kurangnya tidaklah terlalu sedih kerana terpaksa melihat keadaan Tobby yang terbujur kaku.
Menulis entri ini sahaja, membuatkan hati sebak mengingatkan Tobby.
Walaupun hanya kucing, kehadirannya menggembirakan kami seisi keluarga.
Begitulah perasaan pemilik haiwan peliharaan.
No comments:
Post a Comment