Saturday, May 16, 2020

Istimewanya Mekah

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/12/2019

Walaupun pelbagai kekurangan, pelbagai kesusahan yang dilalui menuju ke Mekah, dengan penerbangan yang ditangguhkan, susah payah kita, wang ringgit yang banyak dihabiskan, beberapa perkara yang tidak puas hati, namun hati sentiasa rindukan Kaabah, sangat sedih bila tiba hari pulang, sentiasa ingin kembali walaupun terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

Walaupun banyak kesusahan, berada sahaja di Masjidil Haram, melihat sahaja Kaabah, ibarat memandang wajah kekasih yang sangat dirindui, tidak jemu dilihat, sentiasa ingin solat dan pandangan tepat pada Kaabah.

Berada di Masjidil Haram sahaja, ketenangannya mengatasi segala kepayahan yang telah ditempuhi. Hilang rasa penat, tidak puas hati dan semua perasaan negatif.

Aura ibadah dan ketenangan di dalam Masjidil Haram mengatasi segalanya.

MasyaAllah.


Begitulah gambaran perasaan berada di Mekah.







Suasana di Mekah yang sukar kita dapat di tempat lain. Suasana orang ramai berlumba-lumba melakukan ibadah menjadikan kita juga menggandakan amal ibadat.

Aura mengerjakan ibadah itu sangat menenangkan.

Masyaallah...


Semoga kita dapat mengulangi umrah dengan seisi keluarga dalam keadaan sihat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...