بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 13/12/2019
Diari Mekah 1: Ujian dan hikmah
Di awal perancangan, sepatutnya jemaah kami tinggal di hotel Movenpick.
Jarak hotel dengan Masjidil Haram lebih kurang 3 minit berjalan kaki.
Namun ketika sampai ke Mekah, Hotel tersebut telah penuh. Maka kelam kabut jemaah kami membawa barang-barang ke hotel sebelah. Swissotel Al Maqam.
Dengan ujian penerbangan yang ditangguh sejam kemudian apabila sudah masuk ke dalam kapal terbang, ditangguhkan lagi sejam kerana menunggu giliran untuk berlepas.
Kami sampai ke Mekah ketika waktu hampir Subuh.
Alhamdulillah urusan imigresen berjalan dengan cepat. Tak seperti cerita yang selalu orang gembar-gemburkan bahawa urusan imigresen memakan masa yang lama dengan kerenah pegawai imigresen yang melambat-lambatkan urusan. Mungkin mereka sudah meningkatkan prestasi kerja. Pegawai imigresen ketika itu juga semuanya wanita Arab yang memakai jubah dan tudung hitam.
Bersambung......
No comments:
Post a Comment