بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 13/12/2019
Keselamatan di Mekah.
Isu ini adalah isu yang tular di kalangan jemaah yang datang ke Mekah.
Antara kisahnya ialah jemaah yang diganggu oleh para peminta sedekah.
Sehinggakan ada yang dikerumuni oleh peminta sedekah dan kemudian seluk poket curi dompet.
Begitu juga ada antara jemaah kami (lelaki) yang ditampar muka oleh peminta sedekah wanita tua yang membawa bayi dan botol susu ketika perjalanan dari hotel ke Masjidil haram.
Kisahnya berlaku bila jemaah tersebut memberi sedekah kepada salah seorang peminta sedekah, kemudian datang seorang lagi makcik peminta sedekah. Apabila jemaah tersebut beritahu bahawa duitnya sudah habis, makcik tersebut terus mendesak hingga akhirnya makcik tersebut menampak muka jemaah lelaki itu dah terus berlalu.
Begitu juga dengan kisah jemaah wanita yang ditarik dan dibuka begnya di dalam Masjidil haram.
Begitu juga dengan mereka yang mendesak hendak masuk ke dalam saf walaupun saf telah penuh hingga mendesak, memarahi dan menimbulkan rasa tidak selesa dalam hati orang lain.
Begitulah beberapa kisah yang agak tidak menyenangkan hati yang berlaku di Mekah.
Semoga kita sentiasa dipelihara oleh Allah subhanahu wata'ala.
No comments:
Post a Comment