Tuesday, April 20, 2021

Kerepek pedas asam boi Nenda Penyayang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Selera kita mungkin berbeza.


Biasa saja terjadi, ada orang rasa makanan tersebut sedap yakmat, tapi kita rasa biasa saja....


Kerepek pedas asam boi dari Melaka ini adalah kesukaan saya. Tak terlalu pedas, Ahmad pun boleh makan. Manis-manis masam dan berlemak rasa ubinya. Lebih 5,6 kali dah ulang beli kerepek ini.


Jangan bayangkan banyak asam boi, mungkin terjumpa sebiji dua sahaja asam boi .


"Sebab kami letak dalam 7 biji asam boi je puan😁. Sekali sira 20kg. Ada yg dapat ..ada yang tak dapat😅. Kalau letak banyak nnt sambal pahit." kata penjualnya.


Jika 'terpengaruh' dengan entri ini, boleh hubungi nombor tersebut.😁


Sekadar berkongsi kesukaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...