بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 21/11/2020
Kepelbagaian warga Maahad Al Iman membawa kepada aneka jenis makanan di sini. Ada yang melekat menjadi kesukaan.
1. Jeruk lobak:
Pengalaman tinggal di negara Arab menyaksikan mereka memang sangat banyak makan sayur, yang fresh dan juga yang dijerukkan. Kegemaran kami kerana gabungan rasa masin dan rapuhnya lobak. Tapi ramai tak boleh pi😅.
2. Ikan masam:
Ikan yang diperap bersama beras dalam buluh, lebih kurang macam pekasam. Anak-anak pun suka.
3. Yasaikai:
Sagu yang berintikan daging dan disaluti minyak bawang putih. Alhamdulillah ramai yang suka.
Alhamdulillah nikmat merasai makanan antarabangsa tanpa keluar dari Maahad. Dan sama-sama kita cuba amalkan sunnah Nabi S.A.W dengan tidak mencemuh makanan sekalipun tidak kena dengan citarasa kita
No comments:
Post a Comment