Saturday, June 22, 2024

Reviu buku: Negeri 5 Menara

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/3/22


Sejujurnya saya lebih selesa membaca buku fizikal berbanding ebuku. Namun untuk buku fizikal, ia sangat mahal dan yang murah adalah yang cetak rompak. Untuk beli cetakan yang asli, yang ebuku lebih ekonomik.


Mengisahkan kisah seorang remaja lelaki yang diharapkan oleh ibunya untuk belajar di pondok madani (PM).



Berperang dengan pelbagai rasa, tidak tahan dengan peraturan, sistem pengajian, ingin berhenti, cemburu dengan rakan yang sekolah menengah biasa menjadi cabaran dalam hidup Alif Fikri di PM.


Buku ini juga memberi semangat dan idea.


Ya. Membaca buku tentang kegemilangan dan kehebatan, membuat diri juga ingin melakukan kerja yang dapat mencipta sejarah gemilang. 


Begitulah setiap kali saya membaca buku. Pembacaan dapat memberi impak dan manfaat dalam diri pembaca.


Bagus untuk bacaan semua termasuk remaja.

Thursday, June 20, 2024

UNLIMITED OVERTHINKING.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/3/22


Bila diingatkan, setiap fasa kehidupan ada kebimbangannya.


Kebimbangan tentang kesihatan, harta, kegagalan, rezeki, jodoh dan banyak lagi. Bila lihat orang lain juga ada begitu.


Ketika kanak-kanak pernah risau,kalau aku jadi anak yatim, nak tinggal mana?


Mana ta'hilli, pernah menangis jumpa Anisah Huda Hayk, mengadu takut rosib pada Imtihan akhir. Padahal Imtihan awal dapat Mumtaz. Anisah pun gelak😅. Lagipun sebab sakit perubahan cuaca time tu



Habis belajar, takut tak dapat kerja. Pernah give up, risau anak tak habis hafaz Al-Quran.


Ketika Syria perang, risaukan keselamatan diri dan keluarga. Risaukan anak-anak nak masuk universiti lepas ni, risaukan hari tua.....Begitulah kerisauan yang tak kesudahan.


Bak kata Dijah: Kau terlalu banyak masa untuk risaukan macam-macam dan cipta masalah yang tak ada.😅

Apa-apa pun ubatilah kerisauan tu dengan doa dan usaha.

Tuesday, June 18, 2024

Kelas bacaan Bahasa Arab bagi dewasa

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/3/22


Tajuk buku kali ini ialah Hana Si Robot هناء الآلية.


Tasrif af'al adalah perkara yang mudah bagi saya satu ketika dulu.


Tapi itulah, ilmu bila ditinggalkan, pasti berkarat dan lupa. Bila ustaz minta tasrif af'al dalam kelas, kucar-kacir jadinya. Dah macam pelajar baru masuk ta'hilli diploma bahasa. Aduh!





Kelas membaca peringkat dewasa mengikut kemampuan kita. Perlu baca, tahu i'rab, terjemah, tasrif af'al, dan jawab soalan.


Alhamdulillah. Banyak manfaat untuk diri saya untuk mengulangkaji tatabahasa Bahasa Arab. Yang paling penting, tak perlu buka camera😅.



Walaupun berpeluang bercakap bahasa Arab dengan Ustazah-ustazah Arab di tempat kerja, tapi ia adalah satu perkara yang berbeza bila perlu bercakap TANPA SALAH BARIS. 


Perlu lebih fokus. Lebih-lebih lagi bila kena i'rab. Rasa berkarat otak. 😅



Buku bacaan kali ini juga boleh didapati di YouTube.




Sunday, June 16, 2024

Apa faedah post dalam media sosial?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/3/22


Antara tindakbalas positif (bukan positif covid ya😅) yang kita dapat dari melihat aktiviti rakan/saudara di media sosial, kita boleh dapatkan maklumat lanjut tentang perkara itu bila memerlukan.


Contohnya, sebelum kami pi Safari pun kami tanya adik ipar yang baru pi Safari baru-baru ni. 





Reviu orang yang dikenali lebih dipercayai daripada reviu di media sosial.


Begitulah kehidupan. Ambil yang positif (kecuali covid 😅).

Friday, June 14, 2024

Soalan Fekah daripada Ahmad Zaid

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/3/22


👦🏻: Mama, kalau rumah kita tak ada air semua, air kat sinki tak ada, kat bilik air tak ada, kat dapur tak ada, camna kita nak basuh najis lepas buang air besar? (Ayat sopan sikit, ayat biasa faham-faham jelah😅)


🧕🏻: Guna batu. 

(sebab ustazah-ustazah pernah ajar bab istinjak dalam usrah pelajar Maahad baru-baru ni)



👦🏻: Salah. Guna air tasik. Kan depan rumah kita ada tasik.


🙃🙃🙃🙃


🗒️: Marilah perbanyakkan selawat dan bacaan Surah Al Kahf hari ini


Wednesday, June 12, 2024

Bercuti di A'famosa Safari, Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/3/2022



Nak pi zoo/ safari ni time anak-anak kecik jelah yang seronok. Ahmad ajak pi lagi lepas ni.


Tiket masuk online RM38 untuk yang tinggi lebih dari 90cm. Kalau walk in RM50. Masuk Zoo Negara lagi mahal



Kelebihan dia banding zoo:


1. Banyak show.

2. Banyak aktiviti. Naik sampan/rakit pi pulau monyet (free). 


Bg makan banyak binatang. Bagi singa makan: RM25.



Bagi binatang lain makan: RM5 (Tengok dlm Facebook A'famosa for more info)


Walaupun kampung kami kat Melaka, ni 1st time pi Safari A'famosa. Tempat pun dah usang



 Pengunjung pun tak ramai. Kosong banyak kerusi masa show. 


Masa kecik dulu fikir orang-orang kaya je yang mampu masuk A'famosa ni😅


Makanan tak boleh bawa masuk, tapi sebab depa tak cek beg, kita 🤫 je. Makanan yang jual kat dalam mahal.

Monday, June 10, 2024

Apps Al Quran yang memudahkan proses menghafaz Al-Quran.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/3/2022


Alhamdulillah Allah mudahkan Ahmad untuk hafal Al Quran. Apps Al Quran Android dan bacaan Sheikh Ayman Suwaid banyak membantu dalam proses menghafaz Al-Quran.



Setkan ulangan ayat yang ingin dihafaz berulang kali sehingga dapat dihafaz dan diingat dengan elok. Begitulah proses menghafaz Al-Quran.



Dan mengulang hafazan yang lama-lama itu sangat penting, agar tidak lupa surah dan ayat yang telah dihafal.

Saturday, June 8, 2024

Abdullah ditegur oleh jemaah masjid

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/2/22


Dijadikan cerita beberapa hari lalu, kami pujuk Abdullah jadi imam Isyak di masjid.


Ketika sampai, jemaah masjid belum Solat Maghrib, terus diminta Abang Abbudey naik jadi imam.



Bila Isyak, Abdullah pula jadi imam.


Selepas keluar masjid, Abdullah tanya:


👦🏻: Mama, bacaan adik ok tak?


🧕🏻: Ok je.


👦🏻: Ada pakcik tegur kata adik baca ولا الضالين tebal. Kena nipiskan.


🧕🏻: Tak apa, dengar je pakcik tu tegur. Biasalah tu, baba pun ada pengalaman kena tegur dengan jemaah masjid. Baba dah ajar adik cara bacaan yang betul. 



Jadinya sepanjang dalam kereta Abdullah bercerita sedih dengan teguran tersebut.


Macam-macam ayat kami bagi semangat. Bukan semuanya indah dan mudah. Semua itu pengalaman kehidupan yang mendewasakan kita. Itulah kehidupan. DUNIA BUKAN SYURGA.

Thursday, June 6, 2024

DIDIKAN YANG SAMA, PENERIMAAN BERBEZA.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/2/2022


Sejak anak-anak kecil, Allah mudahkan untuk selalu bawa anak-anak ikut baba kuliah di masjid. Bila anak-anak dah khatam hafazan Al-Quran, kami latih mereka untuk menjadi imam di masjid.


Untuk Abang Abbudey, respon sangat baik, berkeyakinan dan suka untuk menjadi imam.



Berbeza dengan Abdullah kelihatan tidak selesa, tapi sebenarnya ok sahaja, cuma ada perasaan tidak selesa yang perlu dikikis.


👦🏻:Adik tak ada mood jadi imam hari ni. Lain kali lah. Adik bukan macam abang suka jadi imam. (Ciri-ciri introvert macam mama😅)



🧕🏻: Orang lelaki kena jadi imam, adik kena selalu jadi imam sampai hilang rasa tak selesa. (Sama seperti berlatih berucap di khalayak.)


Begitulah usaha memujuk dan mendidik anak-anak. Semoga membesar menjadi orang bertaqwa

Tuesday, June 4, 2024

Tips percutian ke pulau (siri 2)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/2022


Sambungan tips dari entri yang lalu.


6. Harga hotel boleh cari Google/ Agoda/ Booking.com dan lain-lain.


Ada je harga hotel RM1XX.... Bergantung jenis bilik, pemandangan dan jenis pantai.


Ada pantai penuh batu karang, ada pantai berbatu-batu besar, ada yang berpasir halus. Semua berbeza walaupun tempat dekat-dekat. Jangan lupa tengok latest review.



7. Boleh juga tempah dengan travel agent termasuk tiket bot pergi balik jetty dan snorkeling trip kalau tak nak susah-susah survey banyak-banyak. Nak suggestkan pun, kami tak pandai😅. 


Ikut citarasa masing-masing. Kalau Dijah, dia pandai lah nak survey banyak-banyak dalam internet.


Boleh try cari sampai puas hati, pastu menabung dan plan bila nak pergi.


Sebaiknya pilih hari yang tak sesak dengan orang dan cuaca elok. Kalau tak, tak boleh buat aktiviti, kena tunggu bot lama, orang pun ramai.

Sunday, June 2, 2024

Tips percutian ke pulau (Siri 1)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/2/22


Tips percutian ke pulau:


1. Sebenarnya, tak pandai pun nak bagi tips, kami pun sangatlah newbie bercuti di pulau. Orang lain bawa beg kalis air, kami bawa beg sekolah dan beg umrah je🤣. Waktu snorkeling trip, bawa beg sekolah Ahmad, habis basah😅.


Masa balik ke jeti, naik bot kecil, beg basah kena air, nasib baik ada baju kotor je.



2. Antara peralatan yang tengok orang lain pakai ialah, sarung kaki berenang (macam stokin tebal) untuk lindungi kaki luka, sebab batu karang banyak.


3. Cover telefon bimbit dan beg kalis air.


4. Bawa makanan dan air minuman dengan banyak. Sebab makanan dan air sangat mahal di pulau. 5x ganda mahalnya. Biasa sebotol 50sen, kat pulau RM4.


5. Kalau ada anak kecil, beli siap-siap peralatan mainan pasir. Ahmad guna bekas air n bekas makanan ja😅.

Keberanian remaja untuk bercakap di hadapan khalayak.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


2 hari sebelum kejadian:


🧕🏻: Ustaz Hafiz (Mudir Madrasah Mustafawiyyah) jemput bagi ceramah pasal teknik hafazan Al-Quran untuk pelajar-pelajar sana. Abang Abbudey mau tak? Mama dengan baba boleh bagi ceramah, tapi kami bukan remaja. Kalau abang yang cakap, abang hidup sezaman dengan depa, lagi elok.


🧒🏻: Ok boleh.


Alhamdulillah, Allah berikan keberanian dan kelancaran tutur kata untuk Abang Abbudey menyampaikan ceramah dan menjawab semua soalan dari guru dan pelajar di sana.




Semoga Allah sentiasa berikan semangat yang kukuh untuk kita sentiasa bersama Al Quran dan pelihara dari sebarang keburukan, insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...