Friday, June 28, 2024

Kemampuan ibu ayah yang SANGAT terbatas

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/3/22


Kalau buka pintu bilik anak pagi-pagi, hati akan terdetik doa moga Allah jaga mereka sentiasa, ditetapkan iman, dijauhkan dari maksiat. 



Kemampuan kita terbatas. Anak tutup pintu bilik saja, kita dah tak tahu apa terjadi.


"Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan". (Surah Yusuf: 64)


Kalau anak-anak nak pinjam handphone nak tengok internet (rumah tak ada Wi-Fi), selalu pesan:

"Jangan tengok yang haram, tengok yang HALAL ja." 


Ahmad kata:

 "Ha, abang tengok gambaq makanan ja, makanan halal. Jangan tengok yang lain"😅


Begitulah juga doa untuk rakan-rakan mereka. Pengaruh rakan sangat besar impaknya. Bila kita beribadah, puasa, baca Al Quran, sematkan sentiasa doa untuk mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...