Thursday, June 6, 2024

DIDIKAN YANG SAMA, PENERIMAAN BERBEZA.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/2/2022


Sejak anak-anak kecil, Allah mudahkan untuk selalu bawa anak-anak ikut baba kuliah di masjid. Bila anak-anak dah khatam hafazan Al-Quran, kami latih mereka untuk menjadi imam di masjid.


Untuk Abang Abbudey, respon sangat baik, berkeyakinan dan suka untuk menjadi imam.



Berbeza dengan Abdullah kelihatan tidak selesa, tapi sebenarnya ok sahaja, cuma ada perasaan tidak selesa yang perlu dikikis.


👦🏻:Adik tak ada mood jadi imam hari ni. Lain kali lah. Adik bukan macam abang suka jadi imam. (Ciri-ciri introvert macam mama😅)



🧕🏻: Orang lelaki kena jadi imam, adik kena selalu jadi imam sampai hilang rasa tak selesa. (Sama seperti berlatih berucap di khalayak.)


Begitulah usaha memujuk dan mendidik anak-anak. Semoga membesar menjadi orang bertaqwa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...