بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 27/2/22
Dijadikan cerita beberapa hari lalu, kami pujuk Abdullah jadi imam Isyak di masjid.
Ketika sampai, jemaah masjid belum Solat Maghrib, terus diminta Abang Abbudey naik jadi imam.
Bila Isyak, Abdullah pula jadi imam.
Selepas keluar masjid, Abdullah tanya:
👦🏻: Mama, bacaan adik ok tak?
🧕🏻: Ok je.
👦🏻: Ada pakcik tegur kata adik baca ولا الضالين tebal. Kena nipiskan.
🧕🏻: Tak apa, dengar je pakcik tu tegur. Biasalah tu, baba pun ada pengalaman kena tegur dengan jemaah masjid. Baba dah ajar adik cara bacaan yang betul.
Jadinya sepanjang dalam kereta Abdullah bercerita sedih dengan teguran tersebut.
Macam-macam ayat kami bagi semangat. Bukan semuanya indah dan mudah. Semua itu pengalaman kehidupan yang mendewasakan kita. Itulah kehidupan. DUNIA BUKAN SYURGA.
No comments:
Post a Comment