بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 22/11/ 2020
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 22/11/ 2020
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 21/11/2020
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 21/11/2020
Kepelbagaian warga Maahad Al Iman membawa kepada aneka jenis makanan di sini. Ada yang melekat menjadi kesukaan.
1. Jeruk lobak:
Pengalaman tinggal di negara Arab menyaksikan mereka memang sangat banyak makan sayur, yang fresh dan juga yang dijerukkan. Kegemaran kami kerana gabungan rasa masin dan rapuhnya lobak. Tapi ramai tak boleh pi😅.
2. Ikan masam:
Ikan yang diperap bersama beras dalam buluh, lebih kurang macam pekasam. Anak-anak pun suka.
3. Yasaikai:
Sagu yang berintikan daging dan disaluti minyak bawang putih. Alhamdulillah ramai yang suka.
Alhamdulillah nikmat merasai makanan antarabangsa tanpa keluar dari Maahad. Dan sama-sama kita cuba amalkan sunnah Nabi S.A.W dengan tidak mencemuh makanan sekalipun tidak kena dengan citarasa kita
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 21/11/2020
Inilah adalah hasil pertama menggunakan Apps Mindomo
Sangat mudah untuk buat peta minda menggunakan handphone saja.
Nota dari buku yang dibaca sekarang:
علماء زهدوا في الشهرة
(Ulama yang menolak kemasyhuran)
Antara manusia yang paling terkenal ialah: Para Nabi, Rasul, Khulafa' Ar Rasyidin dan ulama.
Amalan, perlu sembunyikan atau terangkan?
Inilah antara kupasan buku ini.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 21/11/2020
Antara penulis buku Malaysia yang saya ikuti dan dapat banyak inspirasi dari buku mereka ialah:
Dr.Zulkifli Al-Bakri dan Ustaz Lokman Makhtar.
Banyak hasil karya mereka saya kumpul dan selesai baca.
Karya mereka memberikan inspirasi dan semangat menuntut ilmu.
Buku yang penuh informasi tapi dihidangkan secara santai dan tidak membosankan.
Satu kepuasan dan semangat berkobar-kobar apabila selesai membaca buku-buku seperti ini.
Sesuai bagi yang baru mula mencari buku untuk memupuk hobi membaca.