Tuesday, April 27, 2021
Musabaqah Al-Quran Iqra' Ar Ramadhaniyyah channel Iqra'
Sunday, April 25, 2021
Hadiah harijadi 15 tahun lalu
Wednesday, April 21, 2021
Jangan ditewaskan oleh perkara remeh
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 23/11/2020
Antara topik yang diminati dalam kitab جدد حياتك (perbaharui hidupmu) ialah:
Tuesday, April 20, 2021
Kerepek pedas asam boi Nenda Penyayang
بسم الله الرحمن الرحيم
Selera kita mungkin berbeza.
Biasa saja terjadi, ada orang rasa makanan tersebut sedap yakmat, tapi kita rasa biasa saja....
Kerepek pedas asam boi dari Melaka ini adalah kesukaan saya. Tak terlalu pedas, Ahmad pun boleh makan. Manis-manis masam dan berlemak rasa ubinya. Lebih 5,6 kali dah ulang beli kerepek ini.
Jangan bayangkan banyak asam boi, mungkin terjumpa sebiji dua sahaja asam boi .
"Sebab kami letak dalam 7 biji asam boi je puan😁. Sekali sira 20kg. Ada yg dapat ..ada yang tak dapat😅. Kalau letak banyak nnt sambal pahit." kata penjualnya.
Jika 'terpengaruh' dengan entri ini, boleh hubungi nombor tersebut.😁
Sekadar berkongsi kesukaan.
Saturday, April 17, 2021
Plan Ramadhan
بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa hari lalu, bertanya kepada seorang sahabat tentang perancangan Ramadhan beliau.
Ramadhan hadir tak lama, perlu kepada perancangan, lagi² orang perempuan yang ada hari² cuti yang membuatkan Ramadhan menjadi agak suram dengan roh ibadah, sungguh terasa bezanya☹️
Platform untuk menambah ilmu, meningkatkan keindahan Ramadhan terbuka luas samada di media sosial atau dunia realiti.
Semoga dapat kita manfaatkannya dan memaksimumkan kehadiran Ramadhan ini. Amin




