Thursday, October 10, 2024

Bacaan Al Quran Ahmad Zaid (7 tahun)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/6/22


SILA PERLAHANKAN SOUND HANDPHONE ANDA.



Teringat dulu waktu Ahmad kecik, bila ajar baca Al Quran suara perlahannya alahai..... Macam berbisik.



Antara komen kepada status Whatsapp ini yang saya terima ialah:








Loni, terdiam mama ..........😅


Nampak Ahmad berminat ke arah tarannum, Allah permudahkan urusan Ahmad Zaid untuk menuntut ilmu dan berjaya dalam bidang Al Quran yang diminatinya. Amin.

Tuesday, October 8, 2024

Reviu buku: Pejuang Fajar dan Siri Komik Peransang Minda. Dr.Ustazah Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/6/22


1. PEJUANG FAJAR:


Kisah yang lucu dan menarik tentang pemuda yang bernama Amru yang berjuang untuk bangun Subuh awal setiap hari, namun sering ditewaskan dengan rasa mengantuk yang sangat dahsyat.


Di sebalik itu, ada seorang ibu yang setiap hari tak jemu-jemu menasihati anaknya supaya mengubah diri ke arah yang lebih baik.



Cerita yang realistik dalam kehidupan harian kita.


Diletakkan juga komik-komik menerangkan isi buku. Kelakar tapi penuh pengajaran dan ilmu.






Sangat bagus. Memberi motivasi dan info tentang KEUNTUNGAN menjadi 'morning people'. Antaranya: lebih produktif, proaktif, lebih bermotivasi, berdisiplin, berjaya, memandang jauh ke depan.



2. KOMIK SIRI PERANSANG MINDA:


Mempunyai motif yang baik.




Komik yang ringkas namun sarat dengan pengajaran. Menekankan sifat-sifat mulia dalam diri pembaca.

Sunday, October 6, 2024

Yang MEMBENTUK diri kita

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/6/22


Apa yang kita dengar, tonton, baca setiap hari itulah yang MEMBENTUK diri kita.


Mulakan pagi dengan tambah ilmu dan sucikan hati.


Alhamdulillah Allah rezekikan untuk dengar perkongsian ilmu sambil kemas rumah dan bersiap pergi kerja.



Topik yang saya fokus setiap hari seperti: tafsir, motivasi, parenting, sirah, fekah, tazkiyatun nafs, hadis dan sebagainya.


Kuliah yang selalu ikuti/ download siap-siap samada dlm B.Arab/ B.Melayu. Kuliah yang menusuk jiwa selalu saya dengar dari Sheikh Rotib Nabulsi, Dr. A'idh Al Qarni, Prof Muhaya, Prof Kamil Ibrahim, Dr. Zulkifli Al Bakri, Sheikh Ramadhan Al Buthi, Sheikh Nuruddin, Dr.Abu Anas Al Madani dan banyak lagi.


Ilmu itu adalah nikmat.

Friday, October 4, 2024

Hikmah Kembara Jordan Syria. Siri 6

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis 12/6/22


Pesanan yang mama selalu titipkan untuk Abang Abbudey sepanjang musafirnya ialah JANGAN LUPA ULANG HAFAZAN AL-QURAN.


Alhamdulillah abang Abbudey tasmik dengan baba dalam perjalanan.



Walaupun hati agak kesal kerana tiada peluang untuk bertemu dengan para Sheikh kami di Syria, namun pada satu sudut ialah adalah lebih baik dihalang masuk ke Syria daripada dihalang keluar dari Syria. Itu lebih berisiko.





Baba agak cemburu juga apabila melihat sahabat-sahabat yang dapat masuk Syria dapat berjumpa dengan Sheikh-Sheikh yang mengajar kami di kuliah hampir 16 tahun lalu. Mama sentiasa doakan moga Allah gantikan kekecewaan ini dengan peluang yang lebih besar di masa hadapan. Amin.



Sungguh hidup kita ini hanyalah dengan aturan Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segala-galanya.


Petang Sabtu 11/6/22, kami dikejutkan dengan berita kematian ibu mertua sahabat baba yang sedang musafir di Syria.


Isteri dan ayah mertuanya pula tidak mendapat berita tersebut.


Atas dasar membantu sesama sahabat, kami bergegas untuk mengambil isteri dan ayah mertuanya untuk membawa balik ke kampung.


Sungguh hati sayu dengan apa yang berlaku. Syahdu. Allah.....


Sungguh besar ujian Allah. Moga pahala dan kebaikan yang banyak untuk semua hamba Allah yang diuji.

Wednesday, October 2, 2024

Hikmah Kembara Jordan Syria. Siri 5

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis 12/6/22


Mama dan anak-anak tetap dan bersungguh-sungguh berdoa moga Allah permudahkan urusan baba untuk masuk Syria.


Kecuali Ahmad yang sangat seronok bila dapat tahu baba tak dapat masuk Syria dan terpaksa balik.







Baba dan Abang Abbudey menyewa di hotel bajet pada malam tersebut.


 Pagi ketiga di Jordan (8/6/22) Hari Rabu: 

Baba dan Abang Abbudey ke pejabat pelancongan untuk tempah tiket kapal terbang untuk balik.

Baba kata duit Jordan SANGAT mahal banding dengan ringgit Malaysia.

100 USD: lebih kurang RM445
100 USD: 73 Dinar Jordan


Tiket balik.
Alhamdulillah tak burn tiket lama. Cuma tambah duit untuk ubah tarikh awal seminggu dari tarikh asal.


Memang tak ada peluang untuk masuk Syria.



Mama redha. Takdir Allah pasti dengan kebijaksanaan dan hikmah yang Allah tentukan. Mama pujuk hati.



Kita dah usaha, namun kekuasaan Allah itu mengatasi segalanya. Pasti ada hikmahnya. Pasti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.



Malahan segala pengorbanan yang kita lakukan kita harapkan kebaikan daripada Allah.





Rakan-rakan dan para Sheikh juga mendoakan semoga ada kebaikan di sebalik kejadian ini.



Selepas selesai urusan tempahan tiket, baba tiada hati untuk berbuat apa-apa.



Masya Allah baba ceritakan bahawa pemandu teksi pagi ini juga sangat baik.



Dia membawa baba dan Abang Abbudey ke ladang buah-buahan dan tempat bersejarah di Jerash.







Di tapak bersejarah Jerash



Ladang buah-buahan



Pemandu teksi yang sangat membantu






Alhamdulillah. Setiap lesu yang berlaku Allah tunjukkan kasih sayangnya melalui hamba-Nya.


Malahan pemandu teksi itu masih berhubung dengan baba melalui WhatsApp ketika baba dah sampai di Malaysia.


Alhamdulillah baba dan Abang Abbudey sampai ke Malaysia pada hari Jumaat jam 1 pagi dan sampai di rumah jam 9 pagi.


Perjalanan 6 hari baba dan Abang Abbudey yang amat punyai banyak hikmah.


Bila mama fikir-fikirkan, mama bersyukur atas hubungan akrab antara kami sekeluarga dengan anak-anak yang meningkat remaja.


Alhamdulillah.


Bersambung.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...