Friday, October 4, 2024

Hikmah Kembara Jordan Syria. Siri 6

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis 12/6/22


Pesanan yang mama selalu titipkan untuk Abang Abbudey sepanjang musafirnya ialah JANGAN LUPA ULANG HAFAZAN AL-QURAN.


Alhamdulillah abang Abbudey tasmik dengan baba dalam perjalanan.



Walaupun hati agak kesal kerana tiada peluang untuk bertemu dengan para Sheikh kami di Syria, namun pada satu sudut ialah adalah lebih baik dihalang masuk ke Syria daripada dihalang keluar dari Syria. Itu lebih berisiko.





Baba agak cemburu juga apabila melihat sahabat-sahabat yang dapat masuk Syria dapat berjumpa dengan Sheikh-Sheikh yang mengajar kami di kuliah hampir 16 tahun lalu. Mama sentiasa doakan moga Allah gantikan kekecewaan ini dengan peluang yang lebih besar di masa hadapan. Amin.



Sungguh hidup kita ini hanyalah dengan aturan Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segala-galanya.


Petang Sabtu 11/6/22, kami dikejutkan dengan berita kematian ibu mertua sahabat baba yang sedang musafir di Syria.


Isteri dan ayah mertuanya pula tidak mendapat berita tersebut.


Atas dasar membantu sesama sahabat, kami bergegas untuk mengambil isteri dan ayah mertuanya untuk membawa balik ke kampung.


Sungguh hati sayu dengan apa yang berlaku. Syahdu. Allah.....


Sungguh besar ujian Allah. Moga pahala dan kebaikan yang banyak untuk semua hamba Allah yang diuji.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...