Monday, December 17, 2012

Contoh simple Cara Mengajar Hadis Kepada Anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebenarnya aktiviti pengajian hadis bersama anak2 ini sudah lama dijalankan. seperti yang saya tulis di sini

Untuk aktiviti ini, saya serahkan kepada baba untuk mengajar anak2 supaya2 anak dapat merasai pengalaman belajar dari kedua2 orang ibu bapa.

Mama mengajar hafazan dan tafsir. Baba pula mengajar hadis selepas pulang dari kuliah malam.

Video di bawah ini dirakam pada hampir pukul 12 tengah malam (boleh tengok pada jam dalam video tersebut) kerana kebetulan malam tu baba ada 2 kuliah, satu di Jarak dan kemudian di  Tasik Gelugur dan  Waktu cuti ini anak2 tidur lewat juga...

Kerana itu Abang Abbudey kelihatan begitu mengantuk sekali. Tetapi Adik Abdullah masih bertenaga lagi. (Tapi selepas tu, Abang ABbudey tak tidur pun, boleh melompat lagi dengan adik.)





Dalam pengajian hadis ini, dulunya baba menggunakan Kiab Riyadus Solihin dan Sohih Bukhari. Sekarang ni baba menggunakan pula buku 70 hadis mudah hafal mudah amal yang pernah saya ulas di sini dulu.

Walaupun cara belajarnya sangat simple, tapi anak2 sangat mudah ingat dan lekat hadis2 yang dihafal.

InsyaALLAH saya akan cuba kongsikan rakaman ulangan hafazan hadis2 yang sudah dihafal anak2. (doakanlah ye dapat rakam)

Moga anak2 ini istiqamah dapat hafal banyak hadis dan amalkannya.
amin ya rabbal 'aalamin.

Sunday, December 16, 2012

Info kitab: Padanya Ada Hikmah

بسم الله الرحمن الرحيم

Melihat wajah Prof. Muhaya pada kulit buku ini mesti terbayang2 motivasinya yang disampaikan oleh Prof. Muhaya yang sangat tenang dan tersusun ayatnya.
Prof Muhaya juga adalah antara orang yang amat cintakan ilmu dan majlis2 ilmu..

Tengok sahaja dalam FBnya, sentiasa akan ada update, motivasi dan tips2 yang berguna yang dikongsikan.


muka hadapan

muka belakang

harganya.
Boleh dibeli secara onlinedi sini:
http://pts.com.my/index.php/buku/padanya-ada-hikmah

penulis bukunya 

Pada mulanya membeli buku ini, saya ingatkan penulisnya ialah Prof. Muhaya, tapi apabila baca bab ini, baru  saya tahu yang Prof Muhaya ceritakan kisah2 ini kepada penulis buku ini, dan Saudara Bahruddin yang menulis kisah2 tersebut




Kisah dalam buku ini ibarat koleksi cerpen2 yang berkisar dalam hospital. Dalam setiap cerita dimasukkan motif2 tersembunyi seperti sikap marah, sikap menghormati orang tua, sikap menyayangi anak kecil, sikap berusaha an macam2 lagi.

Membaca buku ini seperti mengingatkan saya ada rancangan TV dulu2, tajuknya (ER) ke?

 yang berkisar tentang kisah2 doktor dan orang2 di hospital.

Begitu jugalah dengan buku ini. Ia ibarat cerpen tentang kisah2 menarik yang berlaku di hospital samada dari mata pesakit, pemandu teksi, misi, doktor, pekerja kafe dan ramai lagi






Di setiap cerita ada motif yang dan makna yang tersirat dalam kisah tersebut.


Buku yang menarik untuk dibaca dan punya banyak pengajaran yang tersembunyi.
Amat menarik!

Saturday, December 15, 2012

Pemenang Buku Parenting tulisan Puan Jamilah Samian

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah proses memilih pemenang untuk mendapat buku2 tulisan Puan Jamilah Samian seperti dalam entri ini telah dilakukan pagi tadi..


nama2 peserta
Keputusannya boleh ditonton dalam video ini.



Tahniah kepada pemenang. Diharap dapat menghantar alamat lengkap dan no.tel  ke emel (aishahhashimee@gmail.com ) supaya saya dapat kirimkan ke syarikat buku tersebut.

Kepada yang tidak berjaya kali ini, InsyaALLAH rezeki anda pula pada masa hadapan. Amin.

Sempat ke nak baca buku??

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada yang bertanya kepada saya bagaimana saya sempat untuk baca buku sampai habis?? Buku2 yang pernah saya baca, ada yang saya akan kongsikan isi buku tersebut di sini dan di sini.

Kalau anda bayangkan saya duduk berjam2 untuk membaca buku, anda silap.

Saya cuma boleh baca buku jika ada masa lapang, wajibnya sebelum tidur. Sampai Abbudey tanya:
"Kalau nak tidur, mesti baca buku ke?"

Adakalanya boleh baca banyak, kadang2 setengah muka surat sahaja atau kurang (kerana terlalu letih).



Yang penting, nasihat Dekan Kuliah Dakwah di Mujamma' Sheikh Ahmad Kitaro (Dr. Bassam Ajek) supaya setiap hari mesti baca buku sentiasa berkobar2 dalam hati! saya pernah menulis tentang ini tiga tahun lalu di sini.

dr. Bassam Ajek
Malahan budaya membaca buku di dalam bilik ini juga saya lihat dari Ibu bapa saya sejak dari kecil. Sekarang Abbudey pula lihat saya begitu. Dan saya juga ingin menerapkannya kepada Abbudey. 

Bacalah buku setiap hari!

Bukan bermakna membaca waktu nak tidur sahaja, tapi kalau tiada masa sangat, bacalah sebelum tidur dari tidak membaca langsung kan?

kotak buku dan rak  diletak di bahagian atas kepala katil anak2 
  
Minat kepada jenis buku juga boleh berubah2 mengikut perubahan usia.. Kalau masa kecil dulu suka buku kartun, bila dah remaja minat novel, dan bila dah dewasa pula minat buku2 selain itu pula.




Antara kategori buku yang paling saya minati ialah: travelog, motivasi, muhasabah diri & parenting

Antara penulis yang saya minati ialah: Ustaz Hasrizal, Prof Kamil Ibrahim, Puan Jamilah Samian, Kak Ummu hani Abu Hassan.

kotak buku yg diletak ditepi katil.
Ada juga buku anak2 di sini...

Dan saya juga mempunyai cita2 untuk perbanyakkan membaca buku2 bahasa Arab (Nasihat saya kepada diri sendiri, rasa terketuk kepala ni!). Dah pandai Bahasa Arab, tapi malas pula baca buku dalam Bahasa Arab (Nanti berkarat bahasa). Baca buku dalam Bahasa Melayu kemain semanngat lagi...huhu

Moga cita2 saya ini tercapai. Amin.

Friday, December 14, 2012

Perkongsian penderitaan Gaza dan Syria dari Sheikh Ibrahim Az-Zaeim dan Sheikh Ali As-Sobuni

بسم الله الرحمن الرحيم


HARI RABU (12/12/12)

Antara hikmah kami meng'awal'kan percutian kali ini juga, Alhamdulillah baba dapat satu lagi peluang menjadi penterjemah kepada Sheikh Ibrahim AzZaiim dari Palestin yang juga merupakan wartawan TV AQSA, Palestin. Pihak HALUAN menghubungi baba pada Hari Selasa. 

Satu peluang keemasan untuk kami semua mendapat ilmu dan pengalaman baru!

Majlis diadakan selepas Solat Maghrib di Masjid Jamik Kuala Ketil. Sheikh Ibrahim Az-Zaiiem turut mempertontonkan gambar2  kekejaman Zionis Israel terhadap Muslimin di Gaza hatta kepada wanita dan kanak-kanak yang lemah.


gambar yg dirakam oleh Abdul Rahman
Dalam majlis ini juga, kami membawa bersama Abdul Rahman, Abdullah dan sepupu mereka Uwais, supaya anak2 ini diberi pendedahan tentang penderitaan saudara2 Muslim di seluruh dunia.

Dan sebab yang kedua: supaya anak2 kecil ini biasa dengan suasana bersama dengan para sheikh dan alim ulama dan mendapat keberkatan mereka.


Bahkan juga, kami ingin menerapkan dalam hati mereka rasa kasih dan bangga dengan para ulama seterusnya menjadikan para ulama sebagai idola, bukannya artis.



video yang dirakam oleh anak2. Huru hara jadinya ...


HARI KHAMIS (13/12/12)

Kemudian pada Hari Khamis pula, seperti yang dirancang, Sheikh Ali Sobuni, seorang sheikh yang luas ilmunya, sheikh yang terkemuka yang banyak mengarang kitab2 yang muktabar pula datang ke Sungai Petani untuk perkongsian ilmu.

Kitab2nya sering kami pelajari (antaranya: tafsir ayat ahkam). 

Malahan baba sendiri telah mempelajari kitab2nya sejak di bangsu sekolah lagi. Satu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran dapat berkhidmat untuk Sheikh ini.  Peluang yang ALLAH berikan ini amat istimewa. 


iklannya
SUMBER FB

Satu peluang yang besar buat baba untuk berdampingan dengan sheikh yang terkemuka ini. Oleh kerana pihak masjid menempah Nasi Arab dengan Qasiyun Katering , jadi baba berbesar hati untuk menjadi pelayan dan bersama2 menghidangkan juadah kepada sheikh dan rombongan mereka. Satu peluang keemasan untuk bersama-sama para pewaris nabi


Abdul Rahman turut dibawa supaya sama2 mendapat ilmu dan keberkatan majlis ini.

MASYA ALLAH.
Sheikh Ali As-Sobuni seorang yang sangat ramah dan mesra dengan kanak2

Dalam gambar ini, beliau sanggup berhenti makan untuk posing kepada Abdul Rahman yang mengambil
gambarnya .
Sampai baba suruh ABdul Rahman beredar, tapi sheikh pula yang berkata:
Biarkan dia tangkap gambar

Di sebelah sheikh itu adalah anaknya.

Melihat hubungan ayah dan anak ini, teringat pula pada Sheikh Solahuddin Kiftaro yang sentiasa
berkhidmat sepenuhnya kepada ayahnya (Sheikh Ahmad Kiftaro) ketika ayahnya  masih hidup.
Apabila Sheikh Ahmad Kiftaro meninggal dunia, barulah Sheikh Solahuddin Kiftaro
menyambung tugas ayahnya menyampaikan ilmu dan dakwah.



Seronok anak2 kecil ini.
Di situ ada juga sepupu Abdul Rahman yang sebaya.
Uwais dan Fawwaz

Doa ini yang diajar oleh Sheikh kepada hadirin pada malam tersebut. Jom Amalkan
Doa yang diajar oleh Sheikh Ali As-Sobuni semalam kepada hadirin di Matang Gedong.
Sheikh minta kita semua amalkan terutamanya sebelum tidur.
jom amal!


Maksudnya:

Abdul Rahman dan Fawwaz memperdengarkan bacaan
ALFatihah kepada sheikh.
Boleh lihat video di sini


Sheikh menurunkan tandatangan tanda ingatan ke atas sebuah 
kitab karangannya Tafsir ayat ahkam milik baba sejak tahun 2000.
Dah lama dok baca kitab ni baru semalam bertemu pengarangnya


ingatan dan doa yang ditulis oleh Sheikh ALi Ash-Shobuni dalam kitab.
Amin


Inilah yang jadi, bila anak2 ini memegang kamera..macam2 aksi

Diberi tugas sebagai Pengerusi Majlis.
Berbicang sedikit dengan Shekh Samir Saqqa

Sedikit khidmat kepada Sheikh Ali Assobuni
Sumber FB

antara hadirin yang memenuhi perkarangan masjid
Sumber FB

Antara pesanan Sheikh dalam majlis ini ialah:
1- tanggungjawab kita kepada agama
2- Kelebihan wanita dalam menjalankan tanggungjawab dalam Islam
3- Pilih orang yang beriman dan soleh untuk menjaga urusan kita
4- Kuasai Bahasa Arab untuk mudah masuk syurga
5- Jangan berdiam diri di atas kemungkaran dan kezaliman  yang dilakukan oleh pemimpin


Sayangnya Abdul Rahman hanya merakam majlis penutup majlis sahaja. Isi dalam majlis tak dirakam pula. sayangnya...Tonton videonya di sini: http://youtu.be/PYBhzTY4THo .
Entri ini sudah berat dengan 2 video


ABdul Rahman dan Fawwaz memperdengarkan bacaan Al Fatihah di hadapan Sheikh ALi SObuni.

Sheikh dengan mesra berpesan kepada anak2 ini supaya makan byk2 kerana mereka akan pergi berjihad tak lama nanti! Allahu AKbar!

(Selepas itu terus Sheikh Samir Saqqa menyuapkan mangga kepada ABdul Rahman)

Doa saya moga anak2 ini turut mendapat keberkatan majlis2 ilmu ini dan mendapat ilmu dari Sheikh2 pewaris nabi InsyaALLAH. Moga anak2 ini dan kita semua dapat mencotohi sikap wara', amal soleh, juga luasnya ilmu para sheikh. amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...