Saturday, November 28, 2020

Ujian Allah. Appendiks pecah?!

بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 28/7/2020

Sungguh kehidupan ini adalah tempat kita diuji. Moga kita semua cemerlang dalam menghadapinya. 



Perkara yang tidak disangka apabila pada awalnya ingatkan baba sakit perut biasa. Selama seminggu baba sakit perut dan tidak dapat tidur malam. Rasa cekang. 

Bila pergi klinik, ada doktor  yang kata gastrik dan diberikan ubat gastrik. 

Baba selepas pembedahan

Bila pergi ke klinik lain, ada doktor yang kata sembelit. Hinggakan baba pergi ke hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, selepas di xray, doktor kata banyak najis dalam perut sebab sembelit. 

Namun sakit masih tidak baik, dan keesokan harinya baba pergi ke Hospital Metro pula di Sungai Petani. 


Doktor melakukan ultra sound dan mengatakan perkara yang sama, iaitu najis dalam perut. 

Pada hari Jumaat baba masih tidak lega dan rasa teramat sakit. Tok cadangkan supaya naik ambulans ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani walaupun sudah pergi 2 hari lepas. 


Selepas diperiksa sekali, baba ditahan wad. 

Malam itu baba maklumkan baba kena puasa dan akan dibedah pagi esoknya kerana doktor kata ada batu. 

Baba masuk bilik bedah jam 1, namun terpaksa tunggu tiba masa pembedahan jam 4 petang, doktor masih tidak pasti dengan punca sakit dalam perut. Doktor kata Appendiks pecah pula. Katanya bila bedah, baru boleh pasti apa punca sakit perut. 

Pembedahan berakhir pada jam 8 malam.

Tok dengan wan baba mama dan semua anak-anak pergi ke hospital jam 2, namun oleh kerana pembedahan belum dilakukan, kami pulang ke rumah jam 5.

Selepas dapat tahu baba dah masuk wad semula selepas pembedahan, kami ke hospital semula dengan pakcik, cik Ikah, tok, tok wan dan semua anak-anak. 

Jarak dari hospital ke rumah dalam 30 minit. 

Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati dan membalas budi mereka semua yang membantu kami ketika baba sakit. 


Thursday, November 26, 2020

Selepas 18 hari melalui hari-hari PKPB/ PKPP

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada hari pertama PKPB, saya kongsikan azam dan perancangan untuk menjaga masa sepanjang PKPB.


Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk terus istiqamah mengikut plan yang dirancang.




-Bacaan Hadis Riyadussolihin✅

-Tasmik Al-Quran✅

- Kayuh basikal✅

- Aktiviti Maahad (Tasmik online/ exam)✅

- Solat berjemaah✅

- Bacaan kitab Feqah✅


Itulah antaranya.


Ya. Tak salah untuk berehat, relax bila penat dan bermain, tapi mesti ada perkara yang bermanfaat yang dilakukan dalam sehari-hari.



Namun, janganlah kita terpersona dengan bahana masa lapang yang tidak terisi.


Semoga bermanfaat.

Tuesday, November 24, 2020

Tarbiyah diri tanpa disedari

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/6/2020



Banyak membaca Al-Quran menjadikan diri pembacanya terdidik tanpa dia sedari.

Imannya meningkat, hatinya lebih tenang, hidupnya lebih bahagia, rasa cukup dengan rezeki yang ada, kurang gurauan, kata-katanya yang lebih bernas, meninggalkan perkara yang sia-sia yang pernah dilakukannya.....kerana hati yang telah diterangi. 

Semoga kita direzekikan seperti ini.

Friday, November 20, 2020

Mengimbau kenangan 8 tahun yang lalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 18/6/2020

Alhamdulillah, sering berkongsi di status WhatsApp tentang usaha anak-anak mengulang hafazan Al-Quran di dalam kereta dan di mana-mana, dengan hasrat moga ia menjadi penguat semangat dan motivasi kepada orang lain untuk turut menghafaz Al-Quran.

Alhamdulillah respon dari mereka yang melihat status amat positif.


Malahan perkongsian di status WhatsApp juga sering mengingatkan kenangan perjalanan hafazan Al-Quran anak-anak sejak kecil dulu.

Alhamdulillah semuanya tercatat dalam blog ini. Sungguh bersyukur kerana telah mencatat perjalanan Al Quran anak-anak.

Insyaallah semoga ia menjadi kenangan indah untuk anak-anak dan juga inspirasi kepada masyarakat.


Soalan "anak² memang selalu ulang Al Quran dalam kereta ke?" membuatkan terkenang kembali 8 tahun sebelum ini, ketika Abdul Rahman darjah 1 di SRI Ihsaniah di Tikam Batu.

Perjalanan lebih 30km dari rumah di Kuala Ketil, memakan masa lebih 45 minit digunakan untuk mengulang hafazan. 

Lepas solat Subuh, gelap-gelap lagi terus keluar rumah sambil tasmik hafazan dalam kereta.

Usaha berterusan hingga berjaya khatam hafazan. Moga Allah berkati.

Kini tanggungjawab untuk murajaah menjaga hafazan Al-Quran hingga ke akhir hayat, bersahabat baik dengan Al-Quran. Amin.


Catatan entri blog 8 tahun yang lalu. Merancang perjalanan hafazan Al-Quran anak-anak dengan sebaiknya. Kita berusaha, Allah jualah yang mempermudahkan segalanya.


Catatan entri boleh dibaca di sini:

http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/02/rutin-baru-abang-abbudey.html?m=1







Rakaman video ketika Abdul Rahman darjah 1, 8 tahun lalu.

Moga Al Quran menjadi sahabat baik kita hidup dan mati.
Amin.

Monday, November 16, 2020

Kucing yang sama

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 10/6/2020

Sekali pandang tak kenal mana satu si ibu mana satu si anak, selalu keliru, tertukar. Kena tenung lama-lama baru tau Cattus ke Romie ke.


Gambar ini diambil ketika selepas solat subuh. Mungkin Romie dan Cattus masih mengantuk, itu yang dua-dua pun tutup mata.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...