Saturday, October 31, 2026

Rakan: fasa baru dalam kehidupan

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 25/10/2024


Semoga Abang Abbudey dikurniakan rakan-rakan yang mendorong ke arah kebaikan, ilmu, dan dekat dengan Al Quran dan ingat kepada Allah.



Fasa baru dalam kehidupan, dulu semua kawan-kawan Abang Abbudey anak murid mama dan baba, lani bukan dah😅

Friday, October 30, 2026

Orang yang dah hafaz Al-Quran baca Al Quran untuk ingat sahaja?

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 24/10/2024


Bagi orang yang hafal Al Quran selain rutin harian baca Al Quran untuk MURAJAAH (supaya tak lupa hafazan), khususkan juga masa untuk baca Al Quran untuk FAHAM dan TADABBUR.



Tanggungjawab sepanjang hayat kita. Hidup dan mati bersama Al Quran.

Thursday, October 29, 2026

Selepas hampir sebulan Abang Abbudey di Maahad Internasional Maulana Maghribi, Solo, Indonesia

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 19/10/2024


Dalam seminggu Hari Jumaat sahaja Abang Abbudey akan cuti dan dapat handphone. 


Katanya dalam seminggu, sekali sahaja lauk ayam, hari lain sup sayur dan tempe, tapi boleh saja kirim beli makanan dari restoran di luar asrama.




Bermain futsal di gelanggang futsal berdekatan Maahad pada hari Jumaat.








Yang mudahnya baju mereka dibasuh oleh pekerja dobi di Maahad, dilipat dan dibungkus terus. Tak perlu pening-pening fikir bab nak uruskan baju.



Alhamdulillah sudah hampir selesai satu juz tasmik dengan Sheikh Mahir. 


"Baba dulu sebulan betulkan Al Faatihah saja dengan Sheikh. Sheikh tak syadid dah kot lani." Ulas baba.😅


Semoga sentiasa bersemangat menuntut ilmu dan menjaga hafazan Al-Quran.

Wednesday, October 28, 2026

MUHASABAH SELEPAS PERTANDINGAN FANNUL ATFAL PERINGKAT NEGERI DI LANGKAWI.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 12/10/2024


Sebelum ke pertandingan Fannul Atfal di Langkawi macam-macam perkara yang saya fikirkan.


Untuk seorang yang introvert dan overthinking, risau itu sudah jadi rutin harian. Huhu...


Risau nak jumpa orang ramai, risau takut ribut ketika naik feri sebab bulan lepas baru sahaja masuk berita feri ke Langkawi terdampar di beting. Tambahan pula, ramai rakan-rakan yang menceritakan macam-macam cerita. Bertambah risau.


Bawa pula 6 orang pelajar sekolah rendah dan mak abah mertua. Risau mak abah tak selesa dengan anak-anak ini. Risau saya pula yang selalu tak sabar dengan orang, selesa duduk di rumah baca buku saja. Macam-macam yang saya doakan sebelum musafir ini.


- Moga semua selamat perjalanan pergi hingga balik.

- Moga saya dapat jaga akhlak dan tingkahlaku sepanjang bersama dengan mak abah.

- Semoga pelajar-pelajar selamat dan sihat selalu kerana ada pelajar yang ada penyakit asma.

- Moga semuanya berjalan dengan lancar dan para pelajar berjaya dalam pertandingan Fannul Atfal ini.


Alhamdulillah syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala yang memperkenankan doa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, pelajar-pelajar sihat, 4 dari 6 pelajar kami menang dalam Fannul Atfal. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah.


Sedikit ujian Allah berikan semoga kami tetap merenung nikmatNya, saya diuji dengan demam selsema batuk sakit badan ketika di Langkawi hingga balik dan seorang rakan lagi diuji sakit mata.



Moga kami menjadi orang yang bersyukur dengan segala nikmat Allah dan bersabar dengan ujianNya. 


Begitulah lumrah kehidupan. Kita berada di roda sabar dan syukur.

Tuesday, October 27, 2026

Apa usaha kita untuk lebih kenal Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam?

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 5/10/2024


Apa usaha kita untuk lebih kenal Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam?


Sejak tadika/ sekolah rendah kita dah belajar kenal Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Tapi jika tak ulangkaji, mesti ada yang lupa.



Atas kesedaran itu, cuba untuk ulangkaji, tambah ilmu lagi dengan baca buku (baca sikit-sikit setiap hari, akan ambil masa yang panjang. Yang penting, baca) ditambah dengan dengar kuliah sirah untuk tambah kefahaman.


Saya perhatikan ramai ulamak pasti akan ada usaha untuk mengajar Sirah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Sebagai contoh: Sheikh Said Ramadhan Al Buthi, Sheikh Fahmi Zamzam, dan lain-lain. 


Kita, bagaimana? 


Apa usaha kita untuk lebih kenal Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam? 


Allah bantu kita semua untuk lebih kenal Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Amin

Monday, October 26, 2026

Ganjaran untuk anak-anak hafal Al Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 5/10/2024


Zaman 90an dulu, LEGO adalah antara mainan dalam kategori MAHAL. 


Dulu kalau puasa cukup sebulan, baru abah bawa beli LEGO, itupun rasanya ada had harga yang boleh pilih.



Tapi lani, bawah RM 10 pun boleh beli LEGO (walaupun cap ayam itik) kat Mr.DIY.


Ni antara rewards untuk Ahmad bila habis hafal satu-satu surah, supaya tak jemu menghafal, insyaallah. Sementara zaman masih mau main mainan. Nanti dah besar, tak main dah.

Sunday, October 25, 2026

Cukup dah ke didikan kita kepada anak-anak?

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 4/10/2024


SEMBANG PETANG


🧕🏻: Bah, anak kita dah keluar jauh untuk mengaji, rasa-rasanya cukup dah ke didikan kita untuk dia?



🧔🏻: Hari tu ada sembang dengan Sheikh Muhammad . 


Dia kata:

"Bila sampai tahap ni, apa yang kamu ada adalah DOA (ما عليك إلا الدعاء). Mendidik tak pernah cukup tapi nak dapat ilmu perlu rasa kepayahan dan merantau. Itulah tradisi para ulamak."

Saturday, October 24, 2026

Mengenali budaya dan makanan negara lain

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 4/10/2024


2 bulan lalu Abang Abbudey di Kaherah, Mesir, makan makanan Mesir, kenal budaya orang di sana, tinggal serumah dengan orang Mesir (anak Ustazah Karimah) sampai orang tempatan pun pelik dan selalu tanya macammana Orang 'Indonesia' (depa kata) boleh tinggal dengan Orang Mesir?


Sekarang Abang Abbudey tinggal di asrama di Solo, Indonesia dengan rakan-rakan 2 orang dari Chechnya, sorang dari Syria, sorang dari Kedah dan yang lain orang tempatan.



Semoga terus kuat semangat untuk berjuang menuntut ilmu.


Salam Jumaat. Banyakkan selawat dan baca Surah Al Kahf. Bersedekah juga jika mampu.

Friday, October 23, 2026

FASA BERDIKARI: ANDA TIDAK SENDIRIAN, ALLAH BERSAMAMU.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 2/10/2024


Pelajar-pelajar ketika di Maahad ada guru-guru gerak tahajjud, kawal batas pergaulan banin banat, pakaian, tapi bila habis Maahad, mulalah tanggungjawab MENJAGA DIRI SENDIRI. Pintu kebebasan terbuka LEBIH luas, bentengilah ia dengan KEIMANAN, ALLAH SENTIASA BERSAMAMU.


Moga Abang Abbudey sentiasa dikelilingi rakan-rakan, guru-guru yang mendorong ke arah KEBAIKAN DAN KETAQWAAN. Kuatkan semangat untuk khatamkan qiraat 10 dan kumpul ilmu sebanyaknya. Amin.



Nota: Sila zoom cari Abang Abbudey 😅

Thursday, October 22, 2026

MEMILIH TEMPAT PENGAJIAN.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 2/10/2024


Seperti kebanyakan orang juga, dilema memilih tempat untuk menyambung pengajian selepas SPM pasti ada.


Sebelum ini, setiap kali Sheikh Mahir datang ke Malaysia, pasti beliau akan meminta Abang Abbudey dan rakan-rakan untuk menyambung pengajian di pusat pengajian yang diasaskannya di Maahad Internasional Maulana Maghribi, Solo , Indonesia.



Kami sekeluarga juga telah menziarahi Maahad tersebut 2 tahun lalu untuk melihat suasana pengajian di sana. Baba juga melihat silibus dan kitab yang digunakan. Alhamdulillah baba berpuas hati, insyaallah.


Ketika kembara ilmu Abang Abbudey di Mesir, ramai syeikh-syeikh Mesir menggalakkan Abang Abbudey untuk menyambung pengajian di Mesir. 


Tapi insyaallah hasrat di hati kami dan kami jelaskan kepada Abang Abbudey agar sambung pengajian di Solo agar dapat mantapkan lagi ilmu Al Quran di bawah bimbingan Sheikh Mahir Al Munajjid.





Alhamdulillah Abang Abbudey setuju sejak awal lagi. Alhamdulillah. Ia satu anugerah yang besar.


Semoga kembara ilmu ini menjadi pintu kepada kebaikan yang banyak, memberi manfaat yang banyak kepada Abang Abbudey. 


Moga menjadi ahli Al Quran yang mencintainya, mengajarkannya dan memberi manfaat kepada orang lain, insyaallah. Amin.

Wednesday, October 21, 2026

PERALIHAN FASA: DARI MAAHAD KE PENGAJIAN TINGGI.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 1/10/2023


PERALIHAN FASA: DARI MAAHAD KE PENGAJIAN TINGGI.


Dalam fasa ini pelajar mula mencari KEKUATAN untuk ISTIQAMAH amalan yang dilakukan selama 5 tahun di Maahad.



Mereka bertanya tentang cara istiqamah ulang hafazan, qiamullail, cara istiqamah jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, terus berpakaian mengikut syariat dan banyak lagi kekeliruan yang mereka alami di awal fasa ini.


Sentiasalah berdoa moga Allah kuatkan iman kita semua.


يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك.

Tuesday, October 20, 2026

KEMBARA MENUNTUT ILMU KE SOLO PULA


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 30/9/2024


Tanggal 28/9/2024, Hari Sabtu, Abang Abbudey mula melangkah untuk menuntut ilmu ke Solo, Indonesia pula.


Insya Allah kali ini 5 bulan sehingga cuti pertengahan tahun nanti.


Baba, tok, wan menghantar Abang Abbudey hingga ke Solo. Insyaallah selepas 3 hari, pada Hari Selasa, baba, tok dan Wan akan pulang semula ke Kedah.


Teringat lebih 20 tahun lalu, abah menghantar saya ke Syria hingga sampai ke Dimasyk.




Kami sekeluarga juga pernah ke Maahad Maulana Maghribi di Solo ini 2 tahun lalu untuk melihat tempat pengajian ini. Ia diasaskan oleh Sheikh yang pernah mengajar baba di Syria dulu, yang sangat rapat dengan keluarga kami, Shiekh Mahir Al Munajjid.


Abang Abbudey sangat sedih sebelum keluar rumah. Semua yang melihat turut merasa sedih.


Doa mama sentiasa moga Allah permudahkan segala urusan Abang Abbudey dalam menuntut ilmu, menjadikan Abang Abbudey orang yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat untuk semua.


Amin.

Monday, October 19, 2026

SETIAP HARI KITA BERJUANG.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 29/9/2024


Setiap hari kita berjuang.


Kita berjuang untuk belajar, berjuang untuk rumahtangga, berjuang perbaiki diri, berjuang mendidik anak-anak dan berjuang untuk segala-galanya.




Dan kita TIDAK SEMPURNA. Tiba detik anak membesar ke tahap seterusnya, berdikari meninggalkan rumah, tertusuk dalam hati KETIDAKSEMPURNAAN diri dalam mendidik anak selama ini, masih compang-camping di sana sini.


Kepada Allah jualah dipohon keampunan dan kekuatan.


لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.

Sunday, October 18, 2026

TUGAS KITA

  


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 21/9/2024



TUGAS KITA:

(( Wahai orang-orang yang beriman! PELIHARALAH DIRI kamu dan KELUARGA kamu DARI NERAKA yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.))







Dan masa terus berlalu tanpa dapat disekat. Mereka yang dahulu di zaman kanak-kanak, kini menongkah usia remaja.


Harapannya moga segala pesanan dan nasihat dapat DIAMALKAN sepanjang hayat. Amin.

Saturday, October 17, 2026

SELESAI LANGKAH PERTAMA.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 20/9/2024


Langkah pertama dah lepas. Banyak lagi langkah-langkah selepas ni perlu dilalui. 



Mohon doakan moga Allah permudahkan segala urusan dan menjadikan ia bermanfaat untuk masyarakat.


Tips yang saya belajar dari bengkel penulisan: Waktu kita ada mood dan semangat menulis, tulis je. 


Sebab semangat menulis tu bukan selalu ada. Bila ada idea, tulis je, simpanlah dalam blog ke, laptop ke, medsos ke..... Insyaallah sampai masanya, ada rezeki, insya Allah bermanfaat untuk orang lain.

Friday, October 16, 2026

TENTANG BUAH DELIMA.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 20/9/2024


Kedua-dua buah delima ni beli dari gerai tepi jalan Pekan Kuala Ketil je.



Citarasa saya lebih menggemari buah delima dari Morocco yang lebih besar, manis, juicy dan bijinya lebih kecil berbanding buah delima yang berasal dari negara lain. Citarasa orang lain mungkin berbeza.


Teringat jus delima Syria yang sangat masam dan ada peminatnya, lagi masam lagi orang suka. Terbayang pun dah kecur air liur.


Begitulah berbezanya citarasa kita.✌🏻

Thursday, October 15, 2026

MACAMANA NAK PUPUK SEMANGAT MEMBACA?

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 20/9/2024


Bagi saya antara cara yang berkesan ialah carilah rakan yang suka membaca. Contohnya kenalan saya, guru sekolah pendidikan khas di Melaka yang aktif berkongsi aktiviti membacanya.



Membaca banyak buku dalam satu masa boleh segarkan minda, lebih-lebih lagi untuk bahan bacaan yang agak berat. 


Selangkan dengan bahan bacaan yang lebih ringan. 


Lebih-lebih lagi di usia sekarang ni, baca sikit pun dah mengantuk dan hilang fokus.😅

Wednesday, October 14, 2026

Pendidikan anak-anak.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 20/9/2024


Siri kuliah tarbiah anak-anak dalam Islam (Tarbiatul Aulad) oleh Sheikh Ratib An Nabulsi yang selalu ditonton dari zaman anak kecil-kecil sampai anak dah remaja sekarang, masih lagi tonton dan ulangkaji lagi dan lagi.



Ikutilah kuliah tentang pendidikan anak-anak dalam bahasa apa sahaja yang anda fahami.


Banyak manfaat yang boleh DIJADIKAN PANDUAN dalam MEMBENTUK anak-anak. Insyaallah.


SUNGGUH !

Tuesday, October 13, 2026

Remaja yang hebat.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 15/9/2024


Bagi saya REMAJA YANG HEBAT itu adalah mereka yang boleh hindari kemungkaran, buat ibadah wajib dan sunat, baca Al Quran, pi jemaah di masjid, bangkit tahajud TANPA DISURUH-SURUH.


Setuju?



- Nak kejayaan, bangkitlah tahajud.


- Nak anak soleh, murah rezeki, mintalah di sepertiga malam.


- Nak mohon kekuatan hadapi hidup, doalah ketika orang lain tidur.


- Nak hindarkan diri dari maksiat, solatlah di malam hari.


- Nak apa saja kebaikan, lazimilah tahajud.

Monday, October 12, 2026

UBAT RISAU


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 11/9/2024


Hidup kita tak lari dari kerisauan terhadap macam-macam, masa depan, anak-anak, kesihatan, rezeki, ujian.......


Makin dewasa rasanya makin banyak kerisauan 😅


Amalkan zikir pagi petang, doa selalu. Itulah senjata kita.


Amalkan selalu 

 ‌لَا ‌حَوْلَ ‌وَلَا ‌قُوَّةَ ‌إِلَّا ‌بِاللَّهِ العلي العظيم 



بسمِ اللهِ الذي لا يَضرُ مع اسمِه شيءٌ في الأرضِ ولا في السماءِ وهو السميعُ العليمِ

Sunday, October 11, 2026

Selepas 2 bulan di Mesir.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 31/8/2024


Alhamdulillah. Tamat sudah kembara ilmu 2 bulan Abang Abbudey. 


Anugerah Allah datang tak dapat kita jangkakan. Moga sentiasa dalam takdir yang baik (Doa jawami'ul kalim)






Semoga ia menjadi satu permulaan untuk abang Abbudey (+anak-anak, anak murid) TERUS BERSEMANGAT menuntut ilmu.


Sungguhpun usaha kita sangat jauh berbanding tokoh ilmuwan silam, doa selalu moga anak-anak remaja ini menjadi penyambung generasi berilmu bertaqwa. Insyaallah 🤲🏻


دمتم في رعاية الله وحفظه

Saturday, October 10, 2026

Kuih Kapit dan Kuih Semperit

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 29/8/2024


Pagi ni ketika sarapan Kuih Kapit, terbayang-bayang kenangan buat Kuih Kapit bersama Arwah Makwa waktu nak raya zaman 90an dulu😢. Allah rahmati Makwa Pakwa, saudara mara yang telah pergi serta muslimin/at.🤲🏻



Ahmad pula pagi ni nak sarapan dadih dan Kuih Semperit. (Semua sarapan pagi ni adalah pemberian orang, moga mereka sentiasa diberkati Allah). 



Beginilah setiap pagi dari anak sulung sampai anak bongsu. Sambil sarapan, sambil dengar dan tengok Al Quran (ulang hafazan nak tasmik satgi + bagi hilang mengantuk)


Nota: Mohon jangan terliur😅🙏🏻

Friday, October 9, 2026

Nasihat untuk anak remaja

 Nasihat untuk remaja 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 23/8/2024


Bila anak-anak meningkat remaja, mula berdikari, makin banyak nasihat dan doa untuk mereka.



Semoga Al Quran yang mereka baca dan hafal menjadi penguat iman mereka untuk menghadapi ujian zaman remaja.


دمتم في رعاية الله وحفظه

Thursday, October 8, 2026

Tips membawa anak ke majlis-majlis ilmu

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 23/8/2024


Melihat post ni membuatkan saya terkenang begitulah juga perjuangan ketika mengajar anak-anak semasa kecil untuk tertib dalam majlis ilmu. Buat persiapan dan bawa perkakas yang boleh bantu mereka untuk duduk lama dalam masjid.



Dan dalam setiap urusan dalam mendidik anak, kita sentiasa mohon taufik dan bantuan Allah.


لا حول ولا قوة إلا بالله.

Wednesday, October 7, 2026

Tak faham langsung bila belajar

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 21/8/2024


Abang Abbudey cerita masuk kelas Balaghah kelmarin tak faham langsung. 





Terus mama teringat kelas Balaghah tahun 1 Kuliah Dakwah di Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro yang diajar oleh Sheikh 'Uzma lebih 20 tahun lalu. 


Awal-awal belajar tak faham langsung, lama-lama ok je, boleh faham.


Yang paling diingat:

- عامل معمول

- ضعي السطر 

😅

Tuesday, October 6, 2026

Doa memohon segala kebaikan.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 17/8/2024


Hidup ini PENUH dengan PILIHAN dan mungkin kita diselubungi rasa RAGU-RAGU.


Pintalah selalu daripada Allah.



Ini antara petikan doa jawami'ul kalim (doa yang sempurna dan menyeluruh) sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.


Doa jawami'ul kalim 

Maksudnya 


Monday, October 5, 2026

Tujuan tarbiyah anak dengan Al Quran dan solat sejak dari kecil

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis 12/8/2024


Contoh keluarga muda yang mendidik anak dengan Al Quran dan solat sejak kecil. Masya Allah. Boleh diteladani.







Yang kita hajatkan dari usaha tarbiah anak dari kecil, kenalkan anak dengan Al Quran dan solat supaya mereka kekal bersamanya mendepani ujian remaja sehingga ke akhir hayat. Amin.


Besarnya ujian remaja sekarang berbeza zaman kita yang tak ada internet/ handphone dulu. 


Moga Solat, Al Quran, hidayah Allah sentiasa dalam hati remaja, membentengi mereka dari maksiat. Amin³🤲🏻


https://www.facebook.com/share/p/SKPF7zkgLykL3WNQ/?mibextid=oFDknk

Sunday, October 4, 2026

Beli Al Quran terjemahan perkata.


  بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 11/8/2024


Minggu lepas ada lihat pelajar guna Al Quran terjemahan perkata.


Nampak menarik sebab terjemahan direct bawah ayat. Lebih mudah untuk faham. Di tepi Al Quran juga terdapat terjemahan ayat penuh.



Alhamdulillah dah beli dari Shopee.


Masa mengaji tahfiz zaman 90an dulu, susah nak jumpa Al Quran terjemahan Bahasa Melayu. Rasanya tak ada kot.


Yang ada tafsir pimpinan Ar-Rahman yang sangat tebal.


Lani Alhamdulillah mudah sangat nak jumpa Al Quran terjemahan Bahasa Melayu 


Moga dapat menambah lebih kefahaman terhadap ayat-ayat Allah kepada kita.

Saturday, October 3, 2026

MENJIWAI

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 6/8/2024


Ketika kita kecil mungkin kita tidak ambil kisah dengan lafaz zikir, amalan-amalan sunat yang kita lakukan.


Tetapi makin kita meningkat usia, makin kita menjiwai setiap lafaz zikir yang terluah.


Segala Alhamdulillah, terasa begitu mensyukuri nikmat yang Allah berikan.


Istighfar yang terasa kerdilnya diri melakukan dosa dan memohon keampunan Yang Maha Pengampun.




Lafaz "La haula Wala quwwata illa billah" dirasakan sangat bergantung harap pada kekuasaan Allah dan diri ini amat lemah tanpa bantuan Allah.


Begitulah. Makin kita meningkat usia, mungkin kekuatan tenaga kita makin berkurangan, tetapi harapannya kekuatan hati, iman kita makin meningkat.


Teringat kisah ketika seorang pemuda bertanya kepada orang tua yang tabah berdiri solat terawih selama 20 rakaat, bagaimana beliau mendapat kekuatan sebegitu?


Orang itu menjawab: Orang muda bergantung pada kekuatan zahir, kekuatan tenaga badan. Tetapi orang yang berusia memiliki kekuatan hati dan iman, insyaallah.


Semoga kita dikurniakan kekuatan tubuh badan dan iman dan sentiasa bersyukur kepada Allah Subhanahu wata'ala. Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...