Thursday, June 12, 2014

Abang Abbudey diberhentikan hafazan di tahfiz?!

بسم الله الرحمن الرحيم

***Cerita ini ditulis ketika Cuti Penggal Pertama hujung 5 yang lalu, kemudian berada dalam waiting list, menunggu untuk diauto-publishkan mengikut giliran bersama entri-entri yang lain.

Abang Abbudey diberhentikan hafazan baru di sekolah?

Apa kes?



Oh! Sebenarnya ia kerana Abang Abbudey terlalu cepat menghafaz.

Hafazan barunya sehari satu mukasurat, jika sebulan , hampir 30 mukasurat. Hari cuti pun ustaz bagi hafazan baru.

Jika dicampur tolak, darab bahagi, lebih kurang tahun hadapan InsyaALLAH Abang ABbudey mampu untuk khatam hafazan Al-Quran jika terus dalam prestasi yang baik begini.

Khatam Al-Quran dalam 2 tahun di sekolah tahfiz sahaja?! Khatam Al-Quran pada usia 9 tahun....

MasyaALLAH seronoknya!!!

Tapi bila difikir-fikir, apabila terlalu banyak menghafaz, ia tidak dapat lari dari LUPA.
Jadi kami selaku ibu bapa, memohon dari panitia Al-Quran supaya berhentikan hafazan barunya dan mengulang hafazan-hafaazan yang lama (yang sudah dihafaz) dengan lebih konsisten, InsyaALLAH

Dengan harapan, moga ia lebih lekat dengan lebih kukuh di dalam hati anak kecil ini



Dan seperkara lagi yang menjadi kerisauan ialah tentang tadabbur Al-Quran.

Oh, kalau difikirkan, terlalu banyak perkara nak ajar anak-anak.... Ia tidak terhenti setakat menghafaz sahaja.


Petikan buku ini yang sangat memberi kesan dalam hati dalam fikiran setiap hari

entri tentang buku ini pernah ditulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2014/06/info-buku-mauizhah-nikmat-taman-syurga.html


ALLAH bantulah kami semua menjadi hambaMU yang bertaqwa yang mampu mentadabbur dan mengamalkan kalamMU, Ya Rabb.


3 comments:

  1. Amiin Ya Rabb :)

    warkahdarimama.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Aminnn

    Betul jugakkan.. hafaz sahaja tanpa faham tak dapt memberikan kesan pada penghafaznya

    ReplyDelete
  3. mashaAllah wa tabarakkalh! semoge Allah mudahkan abg abbudey ingat dan beramal dgn al-Quran inshaAllah.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...