Saturday, October 25, 2014

Membantu anak menghafaz Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah beberapa bulan Abang Abbudey berhenti menghafaz hafazan baru (RUJUK CERITA DI SINI) , untuk menguatkan ingatan terhadap hafazan lama, Ustaz halaqahnya memberi green light untuk mula menghafaz semula hafazan baru setelah hafazan lamanya sudah agak kukuh.

Maka Abdul Rahman mula menghafaz Surah baru iaitu Surah Al-Qasas (RUJUK SINI)

Untuk mempermudahkan Abang Abbudey menghafaz ayat-ayat yang panjang2 dan Surah-surah yang panjang, seperti biasa semnejak kecil, saya akan sentiasa memasang audio untuk dia mendengar Surah tersebut.

Bila dah biasa dengar, InsyaALLAH langkah untuk menghafaz akan menjadi lebih mudah , InsyaALLAH


Kali ini saya senang untuk download mp3 Surah Al-Qasas dan Surah An-Naml yang bakal dihafal selepas habis Surah AL-Qasas ke dalam HP






Dengan ini mudah untuk sentiasa memperdengarkan Abang Abbudey menghafaz Surah2 baru, INsyaALLAH

ALLAH jadikan anak-anak ini antara hamalatul Al-Quran, menghafaz , mengajar dan mengamalkan AL-Quran, Amin Ya rabb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...