بسم الله الرحمن الرحيم
Dua bulan lalu menerima jemputan untuk membuat promosi buku Aku Mahu Anakku Super Al-Quran di Kedai Buku Red Camel di Bertam, Pulau Pinang.
Alhamdulillah kami sampai awal sebelum jam 9 pagi.
Di bawah adalah sedikit gambar sekitar majlis.
Mama menunggu dalam kereta kerana ingin tidurkan Ahmad Zaid.
Cuaca silih berganti sepanjang program.
Dari cerah, redup, hujan, hujan lebat, sayup dan berhenti hujan
![]() |
Menanti dalam kereta dengan Ahmad Zaid yang sedang tidur Kereta parking betul-betul berhadapan dengan Kedai Buku Red Camel itu. |
![]() |
Ahmad Zaid lena. Buka sedikit tingkap supaya dapat mendengar program di kedai buku tersebut. |
![]() |
Hujan telah reda |
![]() |
Abang Abdul Rahman menyertai pertandingan mewarna yang turut diadakan untuk kanak-kanak seiring dengan ceramah kepada ibu bapa. Satu plan yang bagus. Barulah anak-anak tak jemu |
![]() |
Abdullah mempersembahkan bacaan Surah An-Najmu |
![]() |
Antara hadirin yang datang |
![]() |
Abdullah tidak ingin menyertai pertandingan mewarna kerana tangannya yang sering berpeluh katanya. |
![]() |
Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna. Abang Abbudey dapat tempat ke3 Alhamdulillah |
Alhamdulillah.
Pengalaman bertambah lagi pengalaman baru untuk kami sekeluarga.
Moga ada manfaatnya kepada masyarakat.
Alhamdulillah .....
No comments:
Post a Comment