بسم الله الرحمن الرحيم
MasyaALLAH.
Apabila kita bergaul dengan ramai orang, banyak pengalaman dan idea baru yang boleh kita dapat.
Begitu jugalah dengan ilmu mendidik anak-anak.
Apabila saya melihat ibu bapa lain mendidik anak-anak mereka dengan lebih bersemangat dan ilmu yang lebih 'kemas' dan tinggi, terasa alahai..... kecilnyalah usaha yang aku lakukan untuk anak-anak...
Seperti ibu bapa kepada anak-anak ini. Mereka ini sangat rajin menuntut ilmu |
Anak-anak pensyarah Arab, walaupun mereka tinggal di negara yang asing dan sangat jauh dari negara asal mereka, namun MasyaALLAH kesungguhan dan ketekunan mereka menuntut ilmu amat mengagumkan.
Buku mereka tebal-tebal.
Matapelajarannya banyak dan tinggi-tinggi.
Allah....
Terasa seperti kita ini tidak banyak usaha untuk menuntut ilmu dan menyebarkannya kepada masyarakat.
Malu rasanya.
Terasa seperti kita ini banyak mainnya dan lekanya dengan usia yang berlalu dan nikmat keamanan dan kelapangan yang dikurniakan Allah....
Astagfirullah...
"Silibus kanak-kanak di negara Arab memang tinggi-tinggi." Kata Baba.
Bukan matapelajaran agama sahaja silibusnya tinggi, malahan matapelajaran akademik seperti matematik pun tinggi silibus sekolah rendah mereka. Terimbau semula buku kerja adik perempuan (Dijah) yang bersekolah darjah 4 di Syria beberapa puluh tahun yang lalu, memang tinggi dan lebih susah berbanding silibus di Malaysia ini yang dah sedia susah .(Dijah sekarang pun dah ada anak sorang dah)
Bukanlah hasrat di hati untuk berlawan-lawan dengan kehebatan orang lain, tetapi untuk mengukur diri sendiri dan usaha kita, muhasabah semula gerak kerja kita, supaya kita tidak berasa cukup dan puas hati dengan kerja kita sekarang ini.
Biarlah ia menjadi motivasi agar diri lebih maju dan lebih berusaha untuk menuntut ilmu dan mengajarkanya. Amin.
"Silibus kanak-kanak di negara Arab memang tinggi-tinggi." Kata Baba.
Bukan matapelajaran agama sahaja silibusnya tinggi, malahan matapelajaran akademik seperti matematik pun tinggi silibus sekolah rendah mereka. Terimbau semula buku kerja adik perempuan (Dijah) yang bersekolah darjah 4 di Syria beberapa puluh tahun yang lalu, memang tinggi dan lebih susah berbanding silibus di Malaysia ini yang dah sedia susah .
Bukanlah hasrat di hati untuk berlawan-lawan dengan kehebatan orang lain, tetapi untuk mengukur diri sendiri dan usaha kita, muhasabah semula gerak kerja kita, supaya kita tidak berasa cukup dan puas hati dengan kerja kita sekarang ini.
Biarlah ia menjadi motivasi agar diri lebih maju dan lebih berusaha untuk menuntut ilmu dan mengajarkanya. Amin.
Namun, satu lagi keraguan yang timbul di dalam hati. Khuatir pula jika anak-anak rasa jemu jika terlampau dipaksa dengan pelbagai input.
Alhamdulillah setakat ini jadual harian anak-anak ialah:
PAGI:
Pengajian di Maahad Al Iman yang menekankan hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Khutbah dan akademik.
TENGAHARI:
Rehat & tolong kerja-kerja membersihkan rumah
(Kelas taekwondo seminggu sekali atas permintaan anak-anak)
Perjalanan ke kelas taekwondo bersama sepupu-sepupu yang sebaya |
PETANG:
Bermain dan siap-siap untuk makan malam
MALAM:
Ulangan hafazan & kelas hadis Kitab Riyadus Solihin (bersama baba) setiap malam.
Setulus hati, harapan dan doa agar ALLAH mendorong kita semua ke jalan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Tidak mahulah hidup kita di atas dunia ini leka dan sia-sia sahaja.
Moga kita menjadi hamba yang dicintai Allah Subhanahu Wa Taala, menuju jalan hidayah dan banyak memberi kepada orang lain.
Amin.
No comments:
Post a Comment