بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa bulan yang lalu, ketika saya dalam keadaan 'stuck' setelah dipulangkan tesis untuk diperbaiki sebelum munaqasyah kali ke-2, saya tinggalkan tesis dalam masa beberapa bulan juga kerana tiada idea bagaimana ingin memperbaiki tesis lagi.
Seingat saya begitu jugalah keadaannya ketika setiap kali dipulangkan tesis samada ketika peringkat Master ataupun PhD..
Mesti akan tergendala beberapa bulan dalam keadaan resah gelisah setiap hari kerana tiada idea dan mood untuk memperbaiki tesis.
Blank!
Serius blank!
Apa lagilah yang nak ditulis?
Sumber: Google |
Saat-saat 'stuck' itu biasanya diisi dengan banyak membaca buku-buku secara santai dan juga menulis untuk buku-buku yang lain untuk diterbitkan.
Namun setiap hari pun sentiasa resah gelisah bagaimana ingin memperbaiki lagi tesis.?
Buku-buku yang sudah dibaca |
Alhamdulillah, apabila telah menjumpai jalannya, barulah boleh mula mencari-cari maklumat untuk menambah lagi maklumat di dalam tesis.
MasyaALLAH, ketika itu terasa betapa banyak lagi ilmu yang kurang di dalam dada.
Terasa alahai..... ciputnya ilmu yang aku ada.
Ketika itu terasa Ya ALLAh betapa pentingnya istiqamah dalam menuntut ilmu.
Sumber: Google |
Ilmu jika ditinggalkan pasti akan lupa.
Perlu sentiasa membaca kitab-kitab ilmu selain buku-buku yang santai.
Itu jugalah niat saya yang saya suarakan kepada orang terdekat ketika ingin menyambung PhD. Saya ingin mendisiplin diri untuk istiqamah menuntut ilmu, membuka kitab-kitab dan menggali lagi ilmu.
Saya juga sentiasa tertanya-tanya (kepada diri sendiri dan orang yang terdekat), apakah lagi perkara yang boleh saya lakukan dan sumbangkan untuk memanfaatkan lagi sedikit ilmu yang saya perolehi agar ilmu itu tidak dilupai?
Sayang sangat jika ilmu yang dipelajari dilupakan.
Doa saya sentiasa semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik, InsyaALLAH.
Amin.
Doakan semoga perjalanan PhD (serta munaqasyah) ini selesai dengan sempurna dan selamat dan kami mampu menghasilkan lebih banyak lagi bahan-bahan ilmu yang berkualiti untuk dimanfaatkan bersama masyarakat.
Amin.
No comments:
Post a Comment