بسم الله الرحمن الرحيم
Pernah terdetik dalam fikiran apabila melihat ibu bapa yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi insan berjaya di sisi Allah dan juga masyarakat, betapa beruntungnya mereka ini.
Anak-anak mereka telah dewasa dan menjadi orang yang 'hebat'!
Seperti buku keluarga profazz yang dibaca ini.
Begitu juga dengan beberapa keluarga lain yang pernah ditemui.
MasyaAllah. Beruntung ibu bapa ini.
Begitu juga ada rasa kagum kepada ibu ayah mertua yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka. |
Ya. Mereka pasti pernah melalui ujian dan cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak dan mereka telah berjaya menghadapinya.
Kita ini pula yang anak-anak masih di sekolah rendah, masih terkial-kial, mencari-cari ilmu, mencuba pelbagai teknik mendidik anak-anak. Terasa takut dan gerun pula apabila anak-anak bakal mencecah usia remaja nanti.
Usia yang penuh dengan cabaran, kegilaan dan emosinya.
Doa sentiasa tersemat kukuh di hati agar anak-anak menjadi remaja dan pemuda Islam yang bertaqwa, takut kepada Allah, memberi banyak manfaat kepada makhluk Allah dan menjadi contoh tauladan kepada remaja lain.
Apalah guna hari yang berlalu tanpa iman dan taqwa dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Kita masih ada peluang untuk mendidik dan mencorakkan anak-anak yang masih kecil. Allah bantulah kita semua untuk mencorakkan anak-anak dengan corak Islam yang indah dan utuh.
Ya ALLAH, jadikanlah peluang untuk mendidik anak-anak ini dapat kami gunakan dengan semaksima mungkin untuk mentarbiah mereka, mencorakkan mereka dengan nilai-nilai Islam yang sempurna.
Amin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment