بسم الله الرحمن الرحيم
Saya pernah terbaca satu kenyataan:
"Tanda-tanda orang sudah tua ialah suka bercerita tentang zaman silam, orang muda pula suka bercerita tentang masa hadapan."
"Tanda-tanda orang sudah tua ialah suka bercerita tentang zaman silam, orang muda pula suka bercerita tentang masa hadapan."
Pada saya, ada juga kebenaran kenyataan tersebut.
Sejak akhir-akhir ini minat untuk bercerita tentang memori-memori silam kepada anak-anak semakin menjadi-jadi. Terlalu banyak perkara yang ingin dikaitkan dengan zaman silam untuk diceritakan kepada anak-anak.
Itulah tanda si ibu ayah telah semakin tua dan anak-anak membesar remaja dan dewasa.
Pada hujung minggu lepas, kami sekeluarga pergi berkelah di Tanjung Asam, Pulau Pinang. Ini adalah kali pertama kali ke sana walaupun tidaklah jauh mana dari rumah.
Alhamdulillah Allah bagi peluang berseronok di pantai |
Anak-anak cukup seronok dapat mandi laut.
Mereka terjumpa satu kepah yang masih ada isi. Dibawa balik ke rumah dan diminta rebuskan.
"Masa Mama kecik dulu, bila kami balik kampung, kami selalu cari kepah kat pantai, lepas tu bawak balik rumah, Makwa (nenek) rebuskan. Best!"
Kepah nan seekor |
Alahai... teringat sungguh kepada memori zaman kanak-kanak dan arwah makwa. Al Faatihah
Keesokkan harinya pula, ketika anak-anak balik dari kenduri kahwin, anak-anak bawak balik gula-gula kelapa.
"Wah... ni gula-gula kesukaan mama masa kecik dulu.! Sekarang payah nak jumpa gula-gula ni (padahal tak pernah cari pun ) 😂)
Gula-gula kelapa yang digemari ketika kanak-kanak dulu |
Ada sahaja memori lama yang ingin diceritakan kepada anak-anak.
Teringat dulu masa kecik, mak pun suka ceritakan kepada kami pengalaman mak ketika belajar di England, ketika mak sekolah rendah dan macam-macam lagi memori mak.
Ini juga adalah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Punya masa dan ketenangan untuk berkongsi cerita dengan anak-anak.
Alhamdulillah....
Gula2 kelapa❤️
ReplyDelete